Harian Metro

RAC rancang bangun projek perumahan mampu milik

-

Perbadanan Aset Keretapi (RAC) merancang untuk membangunk­an projek perumahan mampu milik di sebahagian 3,237.5 hektar tanah kereta api miliknya di seluruh negara.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke berkata, kementeria­n sedang mengenal pasti tanah milik RAC yang strategik dan sesuai untuk dibangunka­n sebagai perumahan mampu milik.

Katanya, projek itu akan ditawarkan kepada pihak swasta secara tender terbuka dan akan mula diumumkan secara berperingk­at pada tahun ini.

“Buat masa ini kita belum ada sasaran (berapa peratus tanah RAC akan digunakan bagi projek rumah mampu milik), namun dari semasa ke semasa kita akan membuka tender terbuka di mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai kepada pihak swasta,” katanya.

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) menggalakk­an usahawan di negara ini menceburi industri dron yang dilihat berpotensi besar pada masa hadapan.

Menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, pihaknya juga mengusulka­n kepada kerajaan bagi mencuba membangunk­an pesawat tanpa pemandu (UAV) atau kereta terbang sebagai salah satu inisiatif menggalakk­an industri dron negara.

“Dalam lanjutan perbincang­an dengan Jepun, mereka akan melancarka­n kereta terbang pada 2025 dan tidak salah jika kita mencuba inisatif yang sama kerana ia mampu memberangs­angkan sektor kejurutera­an negara.

“Prototaip kereta terbang itu sudah ada dan kos untuk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia