Harian Metro

Malindo Air perkenal berat bagasi 15kg, 30kg Sudah ada 204 cawangan

- Sri Ayu Kartika Amri cnews@nstp.com.my

Malindo Air memperkena­lkan peruntukan baharu berat bagasi, 15 kilogram (kg) dan 30kg masing-masing bagi penumpang kelas ekonomi menerusi opsyen tambang Nilai dan Fleksi, daripada 25kg sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Chandran Rama Muthy dalam kenyataan berkata, pelarasan itu berkuat kuasa pada 15 Februari 2019.

“Peruntukan bagasi bagi kelas perniagaan dan penerbanga­n ATR masing-masing kekal pada 40kg dan 15kg.

“Ia dibuat selaras dengan perubahan dalam industri serta permintaan penumpang.

“Opsyen ini membolehka­n penumpang yang mementingk­an kos memperoleh tambang udara yang lebih kompetitif dan memenuhi keperluan mereka.

“Kami mahu produk kami relevan kepada pasaran dan menawarkan pengalaman penerbanga­n yang lebih baik kepada penumpang kami,” katanya.

Menurutnya, penumpang yang sudah menempah sebelum dan pada tarikh perjalanan pada 15 Februari 2019 dibenarkan untuk membawa bagasi dengan muatan asal seperti yang dinyatakan dalam jadual penerbanga­n.

Kumon Education (Malaysia) Sdn Bhd, komited untuk terus mengukuhka­n kehadirann­ya di seluruh negara bagi menyediaka­n akses terbaik kepada pendidikan secara holistik.

Kumon Malaysia ditubuhkan sejak 1997 dan kini mempunyai 204 cawangan di seluruh negara.

Baru-baru ini, Kumon membuka empat pusat baharu iaitu di Setia Ecohill (Semenyih), Bandar Tasek Mutiara (Pulau Pinang), Subang Bestari dan Taman Pelangi, Johor Bahru.

Pengurus Besar Kumon Malaysia, Yosuke Sugawa berkata, pihaknya berhasrat untuk menubuhkan lebih banyak pusat Kumon di negara ini supaya dapat memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak belajar melalui kaedah Kumon.

Katanya, Kumon Malaysia menyasarka­n untuk membuka 20 pusat baharu menjelang 2020.

“Kami yakin untuk membuka 10 pusat Kumon baharu menjelang akhir tahun ini dan 10 lagi pada tahun depan.

“Kumon juga sudah berada di Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n.

“Selain itu, kami akan meluaskan lagi pusat Kumon di Perlis dan Pahang tahun ini kerana kami lihat kedua-dua negeri ini berpotensi dan menerima permintaan daripada orang ramai,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, dua lagi pusat Kumon baharu yang akan dibuka pada suku pertama tahun ini ialah di Bintulu, Sarawak dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sugawa berkata, Kumon beroperasi menerusi model perniagaan francais yang memerlukan modal dengan anggaran RM70,000 sehingga RM100,000 bergantung kepada lokasi dan saiz pusat pembelajar­an.

“Kumon sentiasa ingin memastikan pelajar mendapat ilmu terbaik terutama dalam pendidikan paling asas dan penting iaitu Matematik serta Bahasa Inggeris.

“Sejak ditubuhkan, Kumon Malaysia melatih lebih 33,000 pelajar dan kami komited untuk meningkatk­an jumlah itu sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua tahun.

“Kaedah Kumon membantu pelajar menguasai pembelajar­an sendiri dan memberi manfaat kepada pelajar untuk memperoleh pengetahua­n yang lebih mendalam mengikut kemampuan pelajar itu sendiri.

“Kami juga menerapkan pembelajar­an diri yang menggalakk­an pelajar berdikari, mempunyai keyakinan serta menyediaka­n mereka dengan kemahiran hidup yang kritikal sepanjang proses pembelajar­an,” katanya.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh melayari www.kumonmalay­sia.com.

 Kumon Education komited sedia akses terbaik

 ??  ?? YOS U K E
YOS U K E
 ??  ?? MALINDO Air memperkena­lkan peruntukan baharu berat bagasi 15kg dan 30kg bagi penumpang kelas ekonomi.
MALINDO Air memperkena­lkan peruntukan baharu berat bagasi 15kg dan 30kg bagi penumpang kelas ekonomi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia