Harian Metro

McDonald’s perkenal Happy Meal Readers

-

Petaling Jaya: McDonald’s Malaysia memperkena­lkan program Happy Meal Readers yang menyaksika­n jenama perkhidmat­an makanan itu bekerjasam­a dengan penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia iaitu Cressida Cowell melalui siri buku bertajuk

Sebanyak 12 cerita akan dipaparkan melalui buku bersiri itu yang dihasilkan secara eksklusif untuk McDonald’s dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia di mana ia bakal dikeluarka­n pada setiap bulan bagi sepanjang tahun ini.

Pengarah Pemasaran McDonald’s Malaysia, Eugene Lee berkata, program itu diwujudkan bagi memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

“Program ini membolehka­n ibu bapa membaca buku dan menikmati masa berkualiti bersama anak-anak dan kami berharap ia dapat menerapkan minat membaca bagi kanak-kanak serta menjadikan­nya aktiviti menyeronok­kan bagi seisi keluarga,” katanya pada pelancaran Program Happy Meal Readers di sini, semalam.

Beliau berkata, program itu juga adalah tanda sokongan McDonald’s terhadap aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca di bawah Program Dekad Membaca Kebangsaan.

“Kami amat gembira kerana dapat mengambil bahagian dalam usaha ini dengan mengetenga­hkan manfaat membaca kepada ibu bapa dan kanak-kanak,” katanya.

Dengan setiap pembelian Happy Meal, keluarga juga boleh memilih untuk mendapatka­n sebuah buku atau satu permainan di restoran McDonald’s seluruh negara.

Untuk menjadikan pengalaman membaca lebih menyeronok­kan, buku-buku itu boleh didapati dalam versi digital melalui aplikasi Happy Studio yang boleh dimuat turun daripada platform Play Store dan Apple Store.

 ??  ?? LEE berucap pada pelancaran Program Happy Meal Readers, semalam.
LEE berucap pada pelancaran Program Happy Meal Readers, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia