Harian Metro

TERUS TEMBAK!

- Agensi

 Isteri berang suami enggan beritahu siapa pemanggil lewat malam

Seorang wanita di utara Thailand bertindak menembak suaminya selepas bergaduh dengan lelaki itu yang enggan memberitah­u siapa yang menelefonn­ya pada lewat malam Hari Velentine lalu.

Dalam kejadian di daerah Kalasin, Jumaat lalu, pasangan berkenaan, Dr Ratthasat, 45, dan isterinya, Mayura, 44, bertengkar ketika makan malam selepas si suami enggan memberitah­u siapa menelefonn­ya pada 14 Februari lalu.

Menurut laporan beberapa portal berita Thailand, pertengkar­an itu berpanjang­an sehingga ke rumah dan dalam keadaan kelam-kabut, wanita berkenaan melepaskan tembakan yang mengenai pipi suaminya.

Portal The Thaiger melaporkan, Mayura yang panik dengan kejadian itu terus menghubung­i polis dan mereka mendapati dia duduk di sebelah suaminya yang terbaring berlumuran darah.

Sepucuk pistol ditemui di lantai manakala keadaan dalam rumah berselerak dengan pakaian.

Portal Daily News melaporkan, Mayura mengaku tertembak suaminya dengan pistol 9mm itu ketika mereka bertengkar dan dia menghalau suaminya keluar dari rumah.

Menurut jurucakap polis Somdej, Kolonel Thaweesak Raksasin, wanita itu mendakwa suaminya menerima panggilan telefon daripada seseorang dan mengelak pertanyaan­nya serta enggan memberitah­u siapa pemanggil itu.

Mayura kini menghadapi dakwaan cubaan membunuh namun dakwaan mungkin lebih berat bergantung kepada keadaan suaminya yang cedera parah dan masih dirawat di hospital.

 ??  ?? SATU kubur besar mangsa tsunami Aceh di Kampung Kahju, Aceh Besar, Indonesia di digali semula selepas 14 tahun mangsa
dikebumika­n beramai-ramai, untuk memindahka­n jenazah ke perkuburan lebih sempurna. Kubur besar itu ditemui ketika projek pembinaan klinik di kampung berkenaan. Penduduk mendakwa
ada ratusan kubur mangsa tsunami yang tidak bertanda berikutan ramai dikuburkan tergesa-gesa selepas bencana
bagi mengelak penyakit. - EPA
SATU kubur besar mangsa tsunami Aceh di Kampung Kahju, Aceh Besar, Indonesia di digali semula selepas 14 tahun mangsa dikebumika­n beramai-ramai, untuk memindahka­n jenazah ke perkuburan lebih sempurna. Kubur besar itu ditemui ketika projek pembinaan klinik di kampung berkenaan. Penduduk mendakwa ada ratusan kubur mangsa tsunami yang tidak bertanda berikutan ramai dikuburkan tergesa-gesa selepas bencana bagi mengelak penyakit. - EPA
 ??  ?? POLIS menyiasat tempat kejadian. Gambar kecil, Mayura bersama suami. - Agensi
POLIS menyiasat tempat kejadian. Gambar kecil, Mayura bersama suami. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia