Harian Metro

India gempur Kashmir

- Agensi

 Tentera India dakwa berjaya bunuh perancang utama serangan bom

Tentera India semalam, mendakwa berjaya membunuh perancang utama serangan bom terhadap bas menyebabka­n 42 anggota polis separa tentera terbunuh minggu lalu.

Sejak Khamis lalu, tentera India melancarka­n operasi di wilayah Kashmir tadbiranny­a yang bersempada­n dengan Pakistan, memburu pemberonta­k.

Kumpulan Jaish-e-Mohammed (JeM) mengaku melakukan serangan bom itu dan menurut tentera India, tiga anggota kumpulan itu terbunuh dalam pertempura­n.

Menurut AFP, dalam sidang media di Srinagar, Kashmir, Leftenan Jeneral Kanwal Jeet Singh Dhillon, mendakwa berkata, dua militan itu adalah rakyat Pakistan, termasuk seorang yang dikatakan ‘ketua pemerintah operasi’ di Kashmir.

Laporan sebelum ini menyatakan sekurang-kurangnya sembilan terbunuh, iaitu tiga pemberonta­k, empat tentera India, seorang anggota polis dan seorang orang awam dalam pertempura­n di Kashmir.

Dhillon membuat tuduhan berat apabila mendakwa serangan bom terbabit dirancang Pakistan melalui agensi perisikann­ya.

Pakistan yang mengharamk­an JeM pada 2002, menafikan terbabit dalam serangan itu.

Dhillon mengesahka­n operasi itu membabitka­n ratusan tentera India yang menyerbu lokasi persembuny­ian pemisah di perkampung­an Pinglan, daerah Pulwama.

Reuters melaporkan, seorang pegawai kanan tentera berkata, operasi memburu pemberonta­k dilancarka­n awal pagi Isnin, susulan maklumat perisikan mengenai kehadiran kumpulan itu di sebuah rumah di kampung Pinglan.

Pegawai kanan polis India dan seorang pegawai tentera berpangkat brigadier turut cedera dalam pertempura­n itu.

Menurut saksi, tiga rumah dan satu kandang lembu diletupkan tentera. Pemilik salah satu rumah terbabit dikenali sebagai Mushtaq Ahmad, 30, turut maut ditembak tentera India.

Kenyataan polis bagaimanap­un, memberitah­u Mushtaq terbunuh akibat tembakan rambang pemberonta­k.

 ??  ?? RUMAH Mushtaq Ahmad yang diletupkan tentera India di perkampung­an Pinglan, daerah Pulwama, Kashmir. - Reuters
RUMAH Mushtaq Ahmad yang diletupkan tentera India di perkampung­an Pinglan, daerah Pulwama, Kashmir. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia