Harian Metro

Israel pasang alat pengintip elektronik dalam kasut

-

Gaza: Israel dipercayai memasang alat pengintip elektronik dalam kasut yang dipasarkan untuk penduduk Palestin selepas Hamas berjaya mengesan kasut terbabit yang mahu dbawa masuk ke Gaza.

Menurut laporan Daily Mail, Hamas mendakwa beberapa barangan yang dicurigai cuba dihantar masuk melalui sempadan Israel dengan Gaza untuk dijual di pasar.

Taktik itu terbongkar selepas Fatah memberi maklumat mengenai kemasukan bekalan kasut yang berjaya dihalang di pintu sempadan Kerem Shalom di sempadan Gaza.

Kasut terbabit kemudianny­a dihantar kepada Hamas untuk diperiksa dan cip elektronik ditemui dijahit dalam tapak kasut.

Satu portal berita Palestin memetik kenyataan Hamas bahawa Israel adalah dalang di sebalik kemasukan barangan berkenaan sebagai cubaan mengintip pejuang Palestin.

Penulis Jerusalem Post, Khaled Abu Toameh, turut memuat naik gambar beberapa but di Twitter. “Hamas: Israel menghantar kasut dilengkapi dengan alat pengesan elektronik untuk mengintip kami,” tulisnya.

Menurut kenyataan Kementeria­n Dalam Negeri Gaza, Hamas yang mentadbir wilayah Palestin itu mengambil alih semua urusan kemasukan barangan dari Pihak Berkuasa Palestin mulai Ahad lalu. - Agensi San Francisco: Sebanyak 16 negeri memfailkan tindakan undang-undang terhadap pentadbira­n Presiden Amerika Syarikat Donald Trump susulan pengisytih­aran darurat oleh presiden itu dalam usahanya mendapatka­n dana pembinaan tembok di sempadan Mexico.

Tindakan undang-undang yang difailkan di Mahkamah Persekutua­n California itu menegaskan arahan presiden bercanggah dengan peruntukka­n yang mentakrifk­an Kongres sebagai penentu muktamad dana awam.

Peguam Negeri California, Xaiver Becerra, menyatakan negerinya dan beberapa negeri lain mempunyai hak perundanga­n kerana berdepan risiko kehilangan wang yang sepatutnya digunakan

 ??  ?? KASUT but yang didakwa dipasang alat pengintip oleh Israel. - Agensi
KASUT but yang didakwa dipasang alat pengintip oleh Israel. - Agensi
 ??  ?? CIP elektronik dikesan dalam tapak kasut but. - Agensi
CIP elektronik dikesan dalam tapak kasut but. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia