Harian Metro

Honda tutup kilang di Britain

-

London: Pengeluar kereta, Honda, semalam, mengumumka­n untuk menutup kilangnya di barat England pada 2021 yang mempunyai 3,500 pekerja sekali gus memberi tekanan kepada ekonomi Britain menjelang perpisahan negara itu dari Kesatuan Eropah pada 29 Mac depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda, Takahiro Hachigo, yang membuat pengumuman itu ketika sidang media di Tokyo semalam, menyatakan penutupan kilang bagi menghadapi saingan global, terutama kenderaan elektrik.

Beliau menyatakan keputusan itu tiada kaitan dengan Brexit (Britan keluar dari Kesatuan Eropah).

“Kita masih belum tahu perubahan yang bakal berlaku akibat Brexit dan perlu menunggu untuk mendapat gambaran lebih jelas.

“Saya amat kesal dengan keputusan ini namun ia adalah ‘pilihan terbaik’ berdasarka­n keadaan semasa,” katanya.

Menurutnya, syarikat akan berunding segera dengan pekerja kilang di Swindon itu.

Honda menghasilk­an model Civic di kilangnya di Swindon itu dengan pengeluara­n 150,000 unit setahun.

Keputusan Honda itu dibuat selepas Nissan mengurangk­an pengeluara­n di kilangnya di Sunderland.

Nissan yang membatalka­n rancangan mengeluark­an model X-Trail di Britain dua minggu lalu, mengakui hubungan masa depan Britain dengan EU yang tidak menentu selepas Brexit menjadi faktor keputusan terbabit.

Syarikat elektronik Jepun, Sony dan Panasonic serta beberapa bank sudah memindahka­n sebahagian operasi mereka dari Britain sejak pungutan suara Brexit pada 2016.

Terdapat kira-kira 1,000 syarikat Jepun beroperasi di Britain, menyediaka­n 140,000 peluang pekerjaan. - Agensi

 ??  ?? TAKAHIRO Hachigo
TAKAHIRO Hachigo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia