Harian Metro

Remaja dua rahim

- Agensi

 Wanita 18 tahun tidak sedar hamil kerana masih datang bulan

Remaja 18 tahun tidak tahu dirinya hamil kerana masih datang bulan berikutan keganjilan pada dirinya yang mempunyai dua rahim.

Ebony Stevenson, 18, yang berasal dari Oldham, Greater Manchester, dimasukkan ke hospital pada 2 Disember lalu, akibat sawan selepas sakit kepala.

Pelajar fisioterap­i sukan itu koma selama empat hari dan dalam tempoh berkenaan, dia melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan.

Bayi diberi nama Elodie itu lahir pada 6 Disember lalu dengan berat 3.46 kilogram,

BBC melaporkan, Stevenson mengalami keadaan luar biasa kerana mempunyai dua rahim dengan satu rahim tetap datang bulan, manakala satu lagi mengandung­i bayi. Rahim yang mempunyai bayi itu menghadap ke belakang menyebabka­n pelajar terbabit tidak sedar dia hamil.

Remaja menyatakan masih datang haid, tidak mengalami sebarang alahan mahupun perut membesar.

itu

Doktor mendapati serangan sawan dialami Stevenson berpunca daripada komplikasi kehamilan atau praeklamps­ia.

Stevenson memberitah­u, dia teruja menjadi ibu dan menggambar­kan pengalaman bertemu dengan anaknya sebagai luar biasa.

“Saya bimbang tidak dapat merapatkan hubungan dengan anak kerana belum bersedia menerima kelahirann­ya. Namun, dia menakjubka­n,” katanya.

 ??  ?? EBONY Stevenson dan anak perempuan, Elodie. - Agensi
EBONY Stevenson dan anak perempuan, Elodie. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia