Harian Metro

Untuk keluarga

- DARI MUKA 34

Menurut Fara, niat adiknya membahagia­kan ibu bapa mereka dengan pemberian hadiah adalah cara masingmasi­ng.

“Sebenarnya, saya pun seperti Aiman. Jika ada rezeki lebih memang selesa membelanja­kannya untuk keluarga kami. Ia satu kepuasan apabila melihat ibu bapa dan adik-beradik yang lain gembira. Berbelanja untuk keluarga sangat bermakna,” katanya.

Menurut Fara, dia dan Aiman juga sentiasa berbincang untuk bekerjasam­a menyediaka­n keperluan keluarga kerana masih ramai adik yang kecil.

“Saya anak ketiga dan Aiman pula anak keempat, pembabitan kami dalam karier seni memang banyak membantu keluarga. Biasalah, apabila memiliki adikberadi­k yang ramai, sebagai kakak dan abang semestinya kami mahu memberi terbaik buat mereka.

“Bagaimanpu­n, kebahagiaa­n ibu bapa juga keutamaan kami kerana mereka banyak berjasa dan ia sebenarnya tak mampu dibalas,” katanya.

Fara berkata, antara komitmen pernah dibuatnya untuk keluarga ialah membawa mereka bercuti dan membeli pakaian untuk adik-beradik.

Harap menyerlah dengan

single ketiga

Walaupun pembabitan­nya di pentas Big Stage tahun lalu berakhir awal, karier nyanyian Fara nyata masih mendapat perhatian.

Diam tak diam, pemilik nama sebenar Nurfaraazi­ra Yusri ini akan muncul dengan single ketiga, Sukar Untukku tidak lama lagi.

Masih mempertaru­hkan genre lagu balada, Fara berkata, dia memiliki impian tersendiri terhadap single terbarunya itu.

Bercerita mengenainy­a,

Fara berkata, dia teruja dapat bekerjasam­a dengan komposer baru yang berbakat seperti Amir Hariz.

“Saya sangat sukakan lagu itu kerana melodi dan liriknya mantap. Ia juga sesuai dengan vokal saya. Lagu ini juga serasi dengan penerimaan pendengar muzik generasi baru terutama dalam kalangan peminat remaja,” katanya.

Pernah muncul dengan single Ku Pasrah sekitar tahun lalu, Fara berkata, lagu itu kurang mendapat perhatian kerana dilancarka­n pada masa yang tidak tepat.

“Ketika itu, saya terpalit dengan beberapa gosip peribadi yang akhirnya menutup ruang publisiti untuk lagu berkenaan. Saya belajar daripada pengalaman lalu membuatkan cuba tampil ‘bersih’ sepanjang mempromosi­kan single ketiga nanti,” katanya.

Mengulas mengenai pembabitan­nya dalam bidang lakonan, Fara yang pernah membintang­i telefilem Cikgu Pencen berkata, kini dia mahu dia fokus pada karier nyanyian saja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia