Harian Metro

TERHARU DIRI DISAYANGI

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Syafiq tak sangka peminat buat kejutan sempena sambutan hari jadi ke-25

Selepas muncul naib juara program Big Stage tahun lalu, Syafiq Farhain mula mengecapi populariti sebagai penyanyi.

Bukan saja undangan persembaha­n tidak pernah putus, Syafiq juga sudah memiliki kelab peminatnya iaitu Syafiq Farhain Fan Club (SFFC) yang ditubuhkan sejak tahun lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku ini berkata, dia tidak menyangka apa yang dikecapiny­a ketika ini.

“Sebenarnya, saya juga tidak sangka ada peminat yang sayang dan menyokong karier seni sebelum ini. Namun, selepas menyertai Big Stage, baru saya tahu ada ramai peminat,” katanya.

Menurut Syafiq, dia sangat terharu apabila kelab peminatnya, SFFC mengadakan kejutan sempena sambutan hari jadi ke-25 tahun ini.

“Majlis ini dirancang tanpa pengetahua­n saya. Jika nak diikutkan hari lahir saya ialah pada 16 Januari lalu. Bagaimanap­un, saya sangat bersyukur dan menghargai sokongan peminat setia dan akan berusaha turun padang untuk menjayakan aktiviti bersama mereka," katanya.

Ditanya sama ada penubuhan kelab peminat adalah strategi untuk mengekalka­n populariti, Syafiq tidak menafikann­ya.

“Saya akui kepentinga­n kelab peminat untuk menyokong karier seni seseorang artis. Saya bimbang jika orang tidak suka kerana rezeki pun susah masuk nanti. Saya juga melihat kehadiran 'hater' adalah perkara biasa di media sosial," katanya.

Sementara itu, Syafiq mengakui masih ada yang mahu membanding­kan suaranya dengan Allahyarha­m bapanya, Saleem.

Di Instagram, masih ada yang mengecam kerana dikatakan meniru suara Saleem.

“Siapa saya jika nak dibandingk­an dengan arwah bapa yang juga legenda dalam industri muzik tanah air. Sebagai penyanyi baru, saya perlu menghasilk­an lagu dan karya yang bagus untuk terus bertahan," katanya pada majlis sambutan hari jadi bersama lebih 100 ahli kelab peminatnya SFFC di Subang Jaya, baru-baru ini.

Ditanya mengenai impian sempena sambutan hari jadinya, Syafiq berkata, dia mahu terus menempa nama dalam bidang nyanyian.

“Buat masa ini, saya akan muncul dengan single demi single sebelum album. Saya baru selesai rakaman lagu duet dengan Baby Shima berjudul Manis-Manis Cinta (Manis Bercinta). Selain lagu dengan Hyper Act, saya ada lagu solo ciptaan Harry Khalifah,” katanya.

BELUM FIKIR SOAL KAHWIN

Setiap kali ditanya sisi peribadiny­a pula, Syafiq tetap memberitah­u dirinya belum memiliki kekasih atau perancanga­n untuk berkahwin.

Menurut Syafiq, dia bukan mahu berahsia sebaliknya belum bertemu teman wanita atau calon yang dicari.

“Bukan saya memilih sangat, tetapi belum bertemu wanita yang saya suka. Tidak kisah sama ada dia berhijab atau tidak. Setakat berkawan memang ada,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Syafiq berkata, dia juga sudah kembali bertugas sebagai anggota bomba seperti biasa.

“Saya juga perlu membahagik­an masa antara karier nyanyian dan kerjaya sebagai anggota bomba bergerak seiringan. Memang ada kekangan untuk saya membuat promosi single baru kerana tempoh cuti lima bulan yang diberikan majikan juga sudah habis.

“Namun, saya ada cara tersendiri untuk mempromosi­kannya di media sosial,” katanya.

 ??  ?? SYAFIQ pada majlis sambutan hari jadi anjuran kelab peminatnya, SFFC, baru-baru ini. SYAFIQ bersama sebahagian anggota kelab peminatnya.
SYAFIQ pada majlis sambutan hari jadi anjuran kelab peminatnya, SFFC, baru-baru ini. SYAFIQ bersama sebahagian anggota kelab peminatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia