Harian Metro

IMBAU KEGEMILANG­AN NASYID

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Hijjaz, In-Team, Mestica, UNIC bakal buat persembaha­n dalam konsert amal

Walaupun pelbagai genre muzik mewarnai industri muzik tempatan, nasyid dilihat masih mendapat permintaan tinggi dan kekal relevan walaupun ada ketikanya mengalami zaman suram.

Barangkali aura kehebatan yang dimiliki setiap kumpulan nasyid membuatkan genre ini kekal utuh dan menjadi pujaan ramai.

Bagi mengubat kerinduan peminat, KGM Event dengan kerjasama Alumni Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) tampil menganjurk­an Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM yang menggabung­kan barisan artis nasyid popular yang pernah bernaung di bawah satu bumbung iaitu Hijjaz, In-Team, Mestica dan UNIC.

Ia sebagai tanda penghargaa­n kepada sokongan tidak berbelah bahagi peminat sejak tertubuhny­a Hijjaz Records pada 1997.

Konsert bertemakan Terima Kasih itu berlangsun­g pada 20 April ini, jam 8.30 malam di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan UIAM.

Pengarah KGM Event, Mahmud Fahrurraze­y berkata, pihaknya percaya genre nasyid masih relevan dan bersifat malar segar kerana mempunyai kelompok peminat tersendiri.

“Menyusuri sejarah kegemilang­an genre nasyid yang pernah mencetuska­n fenonema luar biasa pada penghujung 1990-an, Hijjaz adalah antara pelopor yang memperjuan­gkan lagu berunsurka­n dakwah, kerohanian dan ketuhanan secara komersial selain Raihan serta Rabbani yang dikenali terlebih dulu.

“Kami berharap konsert penyatuan ini bakal berlangsun­g dalam suasana gemilang seperti yang dirancang,” katanya.

Lebih menarik, konsert terbabit turut menjemput kembali bekas anggota kumpulan nasyid yang kini bergerak solo seperti Fitri Haris (UNIC), Hafiz Hamidun (UNIC) dan Fadzli Aziz (UNIC).

“Jemputan khas ini bertujuan merancakka­n lagi konsert amal ini. Kami percaya konsert ini lebih meriah dengan kehadiran mereka. Selain itu, konsert ini juga bakal disajikan dengan persembaha­n istimewa daripada juara Maharaja Lawak Mega

2014 iaitu kumpulan Zero,” katanya.

HARGA TIKET MURAH

Melihat kepada harga tiket konsert terbabit bermula RM15 hingga RM60, ramai beranggapa­n ia terlalu rendah, sekali gus akan menjatuhka­n genre muzik nasyid yang pernah mencetuska­n fenomena suatu ketika dulu.

Mahmud berkata, pihaknya bukan sengaja meletakkan harga sedemikian, tetapi melihat kepada khalayak sasaran pada konsert terbabit.

“Sebahagian hasil kutipan jualan tiket konsert ini bakal disalurkan kepada tabung bantuan untuk meringanka­n beban pelajar UIAM yang kurang berkemampu­an. Ia turut disumbangk­an kepada dana sosial yang digerakkan Kengkawan Project.

“Harga itu masih rasional. Misi kami adalah untuk memastikan tiket konsert ini habis dijual. Tiada istilah menjejaska­n pasaran muzik nasyid, tetapi khalayak sasaran kami untuk konsert terbabit adalah pelajar universiti itu dan turut terbuka kepada pihak luar.

“Kami harap dengan harga tiket yang sedemikian ramai penggemar muzik nasyid akan datang memeriahka­n konsert amal ini. Dewan ini boleh memuatkan hampir 3,000 penonton,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia