Harian Metro

Tema perasaan, suasana sekitar

- DARI MUKA 42

3 artis residensi RUsSEL perlihat peningkata­n pemikiran dalam berkarya sepanjang program

Ini kerana pengamatan­nya lebih teliti apabila mengambil imej dekat dengan dirinya dan seterusnya menterjema­hkan rasa hubungan itu pada kanvas.

“Memang kebanyakan karya saya hasilkan bertemakan perasaan dan suasana sekeliling. Dari segi bahan pula, saya lebih cenderung menggunaka­n cat minyak atau akrilik atas kanvas, manakala teknik yang biasa digunakan adalah ‘scumbling’ dan ‘glazing,” katanya.

Sementara itu, Arina yang menghasilk­an Siri Diri memaparkan imej gadis dengan mata besar dan bibir kecil serta tertutup melambangk­an ‘ujaran’ untuk lebih mengamati dan kurang berbicara. Karakter berkenaan wujud untuk mewakili suaranya.

“Kebanyakan karya saya bertemakan luahan diri terhadap hubungan sesama manusia, kasih sayang, perasaan sedih dan gembira yang terinspira­si daripada hal seputar kehidupan. Mungkin boleh saya sebut dengan istilah ‘naive realism’ iaitu naif dari sudut bentuk visual karya dan ‘realis’ daripada makna karya,” katanya.

“Keseluruha­n siri ini adalah catatan peribadi saya termasuk pengamatan berkenaan kasih sayang sesama manusia, kegelisaha­n, keyakinan diri dan pelbagai lagi perasaan yang bergejolak dalam diri kita,” katanya.

Bagi pengukir, Mat Ramli pula beliau menjadikan

Pohon sebagai tema karya sepanjang menjalani program residensi RUsSEL dan menggunaka­n bahan kayu daripada pokok mati sebelum diukir menggunaka­n teknik tebuk timbul.

Kayu sentiasa menjadi medium yang dipilih pengukir berasal Terengganu ini kerana sifat bahan itu, di samping kemahiran dimiliki. Malah, Pohon juga adalah cetusan hasil pengalaman mendengar, melihat dan menilai yang berkait dengan alam, kemanusiaa­n, kefahaman serta kerohanian.

“Saya dibesarkan di desa, manakala kawasan hutan yang dipenuhi pokok merimbun menjadi taman permainan serta tempat menimba ilmu. Oleh sebab inilah kayu menjadi bahan utama saya dalam berkarya, selain kaitannya dengan alam dan lazim menjadi tema saya dalam berkarya.

Menurut kurator pameran, Anwar

Azhari, pendedahan dan pengamatan ketiga-tiga artis residensi sepanjang program berlangsun­g menampakka­n peningkata­n pemikiran dan kematangan dalam penghasila­n karya masingmasi­ng.

“Nilai tambah kepada pemahaman dalam menyampaik­an mesej dan mengenali bahan serta subjek lahir daripada perbincang­an, di samping pertukaran idea antara satu sama lain. Pengalaman yang diserap daripada Akar residensi ini membolehka­n mereka meneruskan pelayaran seni dalam kerjaya dengan lebih serius,” katanya. -Zaitie Satibi

 ??  ?? DIALOG sempena pameran seni artis residen Rumah Seni Selangor diterajui Anwar (kanan).
DIALOG sempena pameran seni artis residen Rumah Seni Selangor diterajui Anwar (kanan).
 ??  ?? TIGA artis residen Rumah Seni Selangor (dari kiri) Arina, Mat Ramli dan Anasuha. Kebanyakan karya saya bertemakan luahan diri terhadap hubungan sesama manusia, kasih sayang, perasaan sedih dan gembira yang terinspira­si daripada hal seputar kehidupan
TIGA artis residen Rumah Seni Selangor (dari kiri) Arina, Mat Ramli dan Anasuha. Kebanyakan karya saya bertemakan luahan diri terhadap hubungan sesama manusia, kasih sayang, perasaan sedih dan gembira yang terinspira­si daripada hal seputar kehidupan
 ??  ?? ORANG ramai melawat pameran hasil tiga artis residen Rumah Seni Selangor.
ORANG ramai melawat pameran hasil tiga artis residen Rumah Seni Selangor.
 ??  ?? UKIRAN kayu bermotif haiwan dan tumbuhan nukilan Mat Ramli.
UKIRAN kayu bermotif haiwan dan tumbuhan nukilan Mat Ramli.
 ??  ?? ANTARA lukisan dipamerkan di Rumah Seni Selangor.
ANTARA lukisan dipamerkan di Rumah Seni Selangor.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia