Harian Metro

6 bulan capai saiz ideal

-

Udang kara air tawar jenis sepit merah dapat permintaan tinggi kerana dikatakan lebih manis dan enak

luas menyebabka­n saya ingin mencuba bidang ini,” katanya yang bekerja di firma perakaunan.

Katanya, udang kara air tawar diternak dalam 28 kolam berbeza terdiri kolam tanah, kolam simen dan tangki plastik polyethyle­ne bagi menghasilk­an udang mengikut permintaan pelanggan. Selain dihantar ke restoran, udang berkenaan turut dibekalkan kepada penternak dan peraih.

Beliau mendapatka­n kira-kira 10,000 benih udang kara air tawar ini daripada kolam penternaka­n bapa saudaranya itu dengan saiz berukuran lima hingga tujuh sentimeter (sm) sebelum dipasarkan kali pertama pada penghujung September tahun lalu.

“Udang kara air tawar ini akan dijual selepas tumbesaran­nya mencapai kira-kira 15sm dan ini adalah saiz biasa yang mendapat permintaan pelanggan walaupun ia boleh mencecah saiz matang sehingga melebihi 30sm.

“Pada peringkat awal, saya ternak udang kara air tawar ini dalam kolam simen dan tangki plastik tetapi tumbesaran­nya bertambah kira 2.5sm sebulan serta perlu menunggu selama enam bulan untuk mencapai saiz ideal.

“Kemudian saya ternak dalam kolam tanah dan menerusi cara ini udang kara air tawar membesar dengan cepat serta memerlukan hanya empat bulan setengah untuk mendapat saiz dikehendak­i,” katanya yang turut membiak sendiri benih udang berkenaan.

Udang kara air tawar jenis ‘red claw’ yang diternakny­a ini dikatakan spesies paling senang dan berpotensi diternak. Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut, isinya mendapat permintaan tinggi kerana dikatakan lebih manis dan enak. Malah, ia mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah, tetapi tinggi protein.

Kaedah ternakan sepit merah ini juga tidak terlalu rumit, di samping kosnya sangat rendah. Penternak hanya perlukan oksigen dan penapis pam air bagi mengekalka­n air dalam tangki atau kolam sentiasa bersih daripada ammonia yang tinggi dengan kualiti air sekitar kadar keasidan (pH) 7 dan suhu antara 28 hingga 34 darjah Celsius.

 ??  ?? ORANG ramai melawat kolam ternakan udang kara air tawar.
ORANG ramai melawat kolam ternakan udang kara air tawar.
 ??  ?? INDUK betina mampu bertelur sehingga 1,500 ekor anak setiap kali bertelur.
INDUK betina mampu bertelur sehingga 1,500 ekor anak setiap kali bertelur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia