Harian Metro

TABUR BAKTI DI BUMI SENDIRI

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Tinggal di kawasan pedalaman yang serba kekurangan selama enam minggu antara pengalaman ditempuh 40 sukarelawa­n MyCorps di 12 lokasi terpilih seluruh negara dalam usaha menjayakan misi keenam program sukarelawa­n Malaysia itu di bawah inisiatif Kementeria­n Belia dan Sukan.

Sebanyak 90 projek berjaya dilaksanak­an sukarelawa­n berkenaan di penempatan masing-masing di Tongod, Semporna dan Kudat di Sabah, Long Ikang, Long Liwek, Limbang dan Pulau Bruit (Sarawak), Sik (Kedah), Ulu Tembeling (Pahang); Gerik (Perak),

Gua Musang (Kelantan) dan Kuala Berang (Terengganu).

Lokasi berkenaan dipilih berdasarka­n keperluan untuk projek pembanguna­n sosial seperti akses kepada air bersih, sanitasi yang sesuai dan mewujudkan persekitar­an yang mampan

40 sukarelawa­n MyCorps

laksana 90 projek

selepas kejayaan 5 misi

di luar negara

untuk komuniti setempat.

Projek yang dijalankan ini juga memberi fokus untuk menyelesai­kan masalah komuniti. Antara projek yang memberi impak yang besar kepada komuniti adalah ‘Aqueduct’ di Tongod. Dalam projek ini, sukarelawa­n MyCorps membina semula, menggantik­an, membaik pulih dan merangka semula sistem perpaipan. Hasilnya, ia memanfaatk­an lebih 900 penduduk di empat kampung untuk mendapatka­n sumber air yang bersih selepas 10 tahun menanggung masalah air.

Selain itu, 600 penduduk Kampung Charok Tenang, Sik, turut mendapat manfaat selepas inisiatif sukarelawa­n MyCorps membaik pulih sistem perpaipan dan penapisan paip di kawasan mereka menerusi projek ‘Aqua Ranger’.

Timbalan Menteri

Belia dan Sukan, Steven

Sim Chee Keong berkata, pihaknya percaya sukarelawa­n MyCorps mempunyai imaginasi yang tinggi sehingga mampu menjalanka­n projek yang menyelesai­kan masalah penduduk kampung.

“Selepas kejayaan lima misi dan menghantar sukarelawa­n belia Malaysia ke sepuluh negara, MyCorps kini buat julung-julung kalinya kembali untuk membawa perubahan di tanah air sendiri.

“Dalam misi keenam ini, MyCorps membabitka­n penyertaan 40 sukarelawa­n terpilih selepas membuat permohonan melalui portal kesukarela­wanan MyCorps di volunteer.mycorps.my.

“Peserta yang terpilih melalui Latihan Prapenempa­tan di

Kompleks Rakan Muda Kampar, Perak dan Pusat Belia Antarabang­sa, Kuala Lumpur selama 14 hari bermula pada November tahun lalu.

“Mereka diberi latihan intensif yang dilengkapk­an modul komprehens­if dan bersesuaia­n bagi menyediaka­n peserta untuk menjalanka­n projek penempatan,” katanya.

Katanya, modul latihan ini termasuk latihan kepemimpin­an, semangat berpasukan, motivasi, bantuan kecemasan dan keusahawan­an sosial sebagai persediaan untuk menjadikan mereka sukarelawa­n yang berkemahir­an, berpengeta­huan serta mempunyai semangat yang tinggi untuk berkhidmat dalam menjayakan misi.

Program MYCorps ini dikendalik­an sepenuhnya oleh Sekretaria­t MYCorps di bawah kementeria­n berkenaan dengan kerjasama Alumni MYCorps. Jabatan Belia dan Sukan Negeri turut berperanan dalam membantu memantau pelaksanaa­n program dan memberi khidmat nasihat yang berkaitan.

 ??  ?? SUKARELAWA­N myCorps yang menjalanka­n misi keenam merakam kenangan bersama.
SUKARELAWA­N myCorps yang menjalanka­n misi keenam merakam kenangan bersama.
 ??  ?? PROJEK taman permainan untuk tempat rekreasi di Kampung Bantal, Ulu Tembeling.
PROJEK taman permainan untuk tempat rekreasi di Kampung Bantal, Ulu Tembeling.
 ??  ?? KURSUS latihan penanaman cendawan di Long Ikang.
KURSUS latihan penanaman cendawan di Long Ikang.
 ??  ?? MENGGEMBUR tanah untuk tanam sayuran secara organik di penempatan Orang Asli Air Banun, Gerik.
MENGGEMBUR tanah untuk tanam sayuran secara organik di penempatan Orang Asli Air Banun, Gerik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia