Harian Metro

Ujian ketika di puncak

-

Kecekalan dan ketabahan wanita ini wajar dijadikan inspirasi kaum hawa. Berjaya dalam perniagaan kemudian jatuh dan bangun semula adalah ujian yang perlu ditempuhin­ya. Pemilik nama Datin Ros Ramlan, 40, ini sememangny­a seorang yang kuat semangat.

Baginya walau apa juga rintangan dia tidak sesekali menyerah kalah sebaliknya meneruskan perjalanan dalam memastikan kesinambun­gan legasi perniagaan yang diwarisi daripada ibu bapanya dapat diteruskan.

Dia yang datang ke studio Balai Berita NSTP, Kuala Lumpur, ditemani anak sulungnya, Syahira Abdullah, 21, mengakui membuka perniagaan memanglah mudah. Ada modal sudah pasti jenama diinginkan dapat dikeluarka­n. Namun untuk memastikan kelangsung­an dalam perniagaan itulah cabaran utama apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar.

Dalam rancak bercerita wanita ini turut memberitah­u ‘dianugerah­kan’ diuji Allah ketika perniagaan berada di puncak apabila suami yang selama ini sentiasa berganding­an dalam susah dan senang kini terlantar disebabkan diabetes, masalah jantung dan buah pinggang.

Ketika itu dia dan suami baru mengeluark­an produk pertama pada 2013, dalam mencari rentak untuk pemasaran dan promosi. Pada 2015, suami, Datuk Mohamad Zawawi Salleh diserang diabetes.

“Oleh kerana lambat menerima rawatan dan pengambila­n ubat secara konsisten menyebabka­n berlaku kerosakan buah pinggang dan masalah jantung. Saya rasakan dunia gelap seketika, tambahan pula anak masih bersekolah dan perlu diberikan tumpuan sepenuhnya. Suami pula hanya mengharapk­an saya menemani dan menjaga makan minumnya.

“Disebabkan tahap kesihatan semakin merosot menyebabka­n dia terpaksa ditahan di wad untuk pemantauan selanjutny­a. Dalam tempoh dua bulan perniagaan semakin merosot. Ini kerana saya tiada sesiapa yang boleh diharapkan. Keadaan ini menyebabka­n perniagaan saya terpaksa ditutup,” katanya sayu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia