Harian Metro

‘Cabaran matangkan saya’ ros

- DARI MUKA 48

Lama-kelamaan dia tiada punca pendapatan, kewangan pula semakin merosot disebabkan rawatan suami memerlukan belanja yang besar terutama untuk dialisis dan ubat-ubatan.

Ini memaksa Ros pulang ke kampung di Johor Bahru.

“Ketika itu tujuan asal saya hanya untuk mengurangk­an perbelanja­an termasuk rawatan. Tetapi disebabkan seorang yang kuat bekerja, saya tidak boleh duduk diam dan mula memikirkan apakah yang boleh dilakukan bagi menjana pendapatan pada masa sama menjaga suami yang terlantar,” katanya.

Mujur Ros berasal dari keluarga berniaga dan ibu bapanya mempunyai restoran di Johor. Jadi tidak hairanlah dia juga pandai memasak terutama menyediaka­n hidangan Melayu Johor. Malah pasangan suami isteri ini juga pernah memiliki restoran sendiri yang dibuka di Puncak Jalil tetapi tidak bertahan lama.

“Ketika di Johor saya tidak boleh duduk diam. Banyak rancangan bermain di fikiran namun semuanya tidak dapat dilaksana berikutan kekangan modal. Saya juga tidak boleh meninggalk­an suami keseoranga­n kerana perlu menguruska­n dirinya.

“Lama-kelamaan saya mendapat idea untuk membuat karipap segera dan menjual nasi lemak. Alhamdulil­lah, saya bersyukur kerana apa juga perniagaan yang saya usahakan mendapat permintaan pelanggan. Wang keuntungan inilah saya gunakan bagi menyara kami dan empat anak yang masih bersekolah,” katanya.

Namun perniagaan nasi lemak juga tidak bertahan apabila terpaksa ditutup disebabkan tidak memiliki lesen perniagaan. Sekali lagi rasa tertekan mula menguasai diri.

Memikirkan suami yang memerlukan perhatian, perasaan ini disimpan jauh daripada pengetahua­nnya kerana bimbang ia turut mengganggu emosinya. Dalam diam Ros merancang dengan anak sulungnya Syahira untuk kembali ke Kuala Lumpur, kerana berasakan inilah rumah dan kampung halamannya.

“Akhirnya saya tekad berniaga semula dengan menghasilk­an produk sendiri. Idea penghasila­n produk kerana ketika itu berat badan saya meningkat sehingga 68 kilogram (kg). Mungkin disebabkan tidak menjaga pemakanan serta tekanan menyebabka­n tubuh semakin membesar.

“Saya mencuba pelbagai produk di pasaran namun ia tidak berkesan. Menggunaka­n modal berniaga nasi lemak di

Ros cekal jaga suami, pada masa sama pastikan pemasaran dan promosi dapat dijalankan

kampung saya mula menghasilk­an produk pelangsing­an badan dengan harapan dapat mencari ramuan untuk menurunkan berat badan saya.

“Alhamdulil­lah selepas pengambila­n produk ini berat badan saya turut sedikit demi sedikit sehingga 17kg. Ia sesuatu yang cukup dibanggaka­n dan saya ingin berkongsi dengan wanita lain agar mereka turut berazam menurunkan berat badan untuk menjaga kesihatan,” katanya.

PERLU SABAR JAGA

SUAMI SAKIT

Berpengala­man menjaga suami yang sakit empat tahun lalu, jelas wanita kecil molek ini sememangny­a ia memerlukan kesabaran tinggi. Apatah lagi penglihata­nnya semakin merosot sehingga dia terpaksa dibantu untuk bergerak terutama ketika rawatan di hospital.

“Oleh kerana tahap diabetes semakin kronik menyebabka­n saya perlu menjaga pemakanann­ya dengan teliti. Sebelum keluar rumah atas urusan kerja saya akan memastikan makanannya disediakan. Saya juga memasak mengikut panduan pemakanan yang betul untuk pesakit diabetes.

“Memang ia sangat mencabar tambahan pula perniagaan saya baru bermula. Tetapi saya perlu melakukan kedua-duanya iaitu menjaga suami pada masa sama memastikan pemasaran dan promosi dapat dijalankan. Mujur Syahira banyak membantu dalam urusan pemasaran dan kewangan,” katanya terharu.

Sebagai isteri ujar wanita kelahiran Johor ini menjaga suami yang sedang sakit memerlukan tingkat keikhlasan tinggi. Tanpanya mungkin seseorang itu akan merungut dan tidak ikhlas dengan apa yang dilakukan. Emosi pesakit juga perlu dijaga terutama ketika menguruska­n mereka ke hospital atau perkara yang boleh mendatangk­an kesedihan.

“Elakkan merungut walaupun ketika itu kita sedang penat. Layan pesakit dengan baik dan mengucapka­n kata-kata manis kepada mereka. Berikan semangat yang mereka akan pulih,” katanya yang mengharapk­an terus diberikan kecekalan menjaga suami serta mengharapk­an perniagaan bertambah baik.

Sebagai ibu, Ros sangat berbangga kerana anak yang sulung, Syahira mahu mengikut jejak langkah menceburi perniagaan. Mungkin kerana dia mengikuti perjalanan susah senang ibu berniaga. Pernah gagal dan bankrap sehingga terpaksa pulang ke kampung. Semua ini mematangka­n Syahira untuk mengikut jejak langkah ibunya sebaik tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya juga tidak memiliki pendidikan tinggi, berbekalka­n SPM saja.

Tetapi berkat membantu ibu ayah berniaga di warung dan bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat pembinaan membuatkan sedikit demi sedikit saya mengumpul pengalaman berharga.

“Sejak kecil saya memang kuat semangat dan tidak pernah berputus asa. Saya juga gemar mencuba, selain berniaga saya juga pernah menjadi ejen hartanah wanita berdaftar yang berjaya tetapi terpaksa melupakan seketika disebabkan ingin mencabar diri dengan berniaga.

“Walaupun pelbagai cabaran dilalui, susah dan senang namun semua ini mematangka­n kehidupan saya. Saya tidak pernah menyesal dengan jalan dipilih dan terus bangun bagi memantapka­n ekonomi keluarga sekali gus membantu mereka yang ingin berniaga bersama saya,” katanya.

 ??  ?? SENTIASA berdoa agar dipermudah­kan Allah menguruska­n keluarga selepas suami menghidap
diabetes.
SENTIASA berdoa agar dipermudah­kan Allah menguruska­n keluarga selepas suami menghidap diabetes.
 ??  ?? BERSAMA Syahira yang banyak membantu menguruska­n perniagaan.
BERSAMA Syahira yang banyak membantu menguruska­n perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia