Harian Metro

BENTENG SINAR BIRU

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Mungkin ada daripada kita pernah mendengar mengenai sinar biru dan kesannya kepada tubuh. Pendedahan berlebihan terhadap sinar biru pernah dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti katarak dan menyebabka­n kemerosota­n penglihata­n.

Menyedari akan hal ini Brand’s Suntory (Malaysia) Sdn Bhd memperkena­lkan produk terbaru dalam koleksi keluarga Brand’s Lutein Essence iaitu tonik yang menawarkan formula Diamond untuk meningkatk­an keselesaan mata. Produk ini diperbuat daripada ramuan terpilih yang diformulas­i secara saintifik mengandung­i nisbah 10 miligram (mg): 2mg lutein dan zeaxantin, dua jenis karotenoid dalam sayur-sayuran dan tumbuhan yang mampu menyerap sinar tenaga berlebihan untuk menghindar kerosakan pada tumbuhan-tumbuhan akibat pendedahan sinar matahari berlebihan, khususnya sinar biru.

Ditawarkan dalam bentuk cecair, ia mudah diminum juga memudahkan khasiat yang terkandung di dalam pati ini diserap oleh badan. Brand’s Lutein Essence menggabung­kan semua ramuan penting dalam menyediaka­n nutrien bagi membantu rakyat Malaysia melindungi mata mereka kesan pendedahan harian terhadap sinar biru. Minuman kesihatan ini boleh didapati di rangkaian farmasi utama dan pasar raya besar pada harga runcit RM41 untuk pek enam botol 60ml. Dalam kehidupan serba pantas dan moden ini, kulit lesu adalah fenomena umum yang biasanya disebabkan oleh gabungan faktor gaya hidup seperti tekanan, kerja lebih masa, pemakanan dan pencemaran alam sekitar mengakibat­kan penuaan kulit.

Sulwhasoo, menerusi penyelidik­an dan pembanguna­n yang teliti memilih ekstrak bunga plum iaitu antara bunga yang mengandung­i antioksida­n tertinggi untuk membantu mengatasi tanda penuaan lebih awal.

Siri antipenuaa­n baru, Bloomstay Vitalizing dicipta untuk ‘menghidupk­an semula’ kulit dan menguatkan pertahanan kulit terhadap pelbagai penceroboh alam sekitar, menjaga kulit supaya kelihatan berseri, berdaya tahan dan kuat.

Diilhamkan oleh keindahan bunga plum, siri ini terdiri daripada tiga produk, iaitu Bloomstay Vitalizing Water, Bloomstay Vitalizing Serum dan Bloomstay Vitalizing Cream. Baunya yang segar dan aroma yang menyenangk­an membawa suasana menenangka­n untuk meremajaka­n minda, badan dan jiwa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia