Harian Metro

Sarri tak gentar

- AFP

 Bekas pengurus Napoli tak bimbang dipecat pengurusan Chelsea

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri tegas mengatakan bahawa beliau tidak bimbang dengan kemungkina­n dipecat susulan penyingkir­an pasukannya daripada saingan Piala FA selepas ditewaskan Manchester United.

Sarri berdepan risiko selepas Chelsea yang juga juara bertahan, kalah 0-2 pada pusingan kelima

Piala FA di Stamford Bridge, awal pagi semalam.

Tandukan Ander

Herrera membolehka­n United mendahului dan gol itu terhasil apabila dia menyambut hantaran lintang Paul Pogba pada minit ke-31.

Pogba menggandak­an kelebihan United apabila dia melayangka­n badannya untuk menanduk masuk hantaran lintang Marcus Rashford.

Sarri berdepan laungan ‘anda tidak tahu apa yang anda lakukan’ dan ‘anda pasti dipecat pagi nanti’ yang diluahkan kelompok penyokong Chelsea yang berang apatah lagi ia adalah kekalahan kelima pasukan daripada 10 perlawanan.

Barisan bintang

Chelsea

(gambar)

yang sebelum ini beberapa kali dikritik Sarri, sekali lagi dilihat bergelut untuk mempamer aksi sebenar dan gagal menghasilk­an cubaan tepat selepas minit ke-11 permainan.

Hubungan tegang Sarri dengan anak buahnya selain suasana tidak harmoni dalam kalangan penyokong meningkatk­an lagi spekulasi yang mengatakan bekas pengendali Napoli itu tidak akan sempat menghabisk­an musim pertamanya di Chelsea.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich sebelum ini tidak mengambil masa panjang untuk memecat mana-mana jurulatih yang tidak lagi mendapat sokongan kelab.

Tetapi Sarri enggan memikirkan soal kedudukann­ya dan berkata beliau sedang menumpukan perhatian kepada usaha menyelamat­kan Blues daripada terus hanyut.

Ditanya sama ada beliau bimbang jika dipecat Abramovich,

Sarri berkata: “Ia bukan masalah saya.

“Saya hanya bimbangkan kedudukan saya ketika mengendali­kan kelab Liga 2 di Itali. Tetapi kini tidak lagi.

“Saya hanya risaukan keputusan, bukan peminat. Sudah tentu saya faham dengan situasi ketika ini.

“Saya faham kehendak peminat kerana keputusan yang kami terima tidak bagus. Kami sudah tersingkir daripada saingan Piala FA.”

Mengenai khabar angin yang menyebut pemain berang dengan keengganan Sarri mengubah taktik, jurulatih berusia 60 tahun itu berkata, beliau masih lagi mendapat sokongan kelab.

“Saya tidak pasti mengenai perkara itu tetapi ia mungkin berlaku. Saya rasa hubungan dengan pemain masih baik tetapi ia tidak penting,” katanya.

“Apa yang lebih utama ialah kami perlu bermain dan mendapat keputusan baik.”

 ??  ?? HERRERA (kiri) meraikan gol bersama rakan POGBA bergurau dengan pemain Chelsea, N’Golo Kante selepas tamat permainan.
HERRERA (kiri) meraikan gol bersama rakan POGBA bergurau dengan pemain Chelsea, N’Golo Kante selepas tamat permainan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia