Harian Metro

AZIMAT ALLEGRI

- AFP

Madrid

Ketika salah satu daripada kebimbanga­n Juventus pada saingan Liga Juara-Juara musim ini semakin hampir, Massimilia­no Allegri pantas mengingatk­an anak buahnya supaya tidak takut dengan kekuatan Atletico Madrid.

Tersingkir daripada saingan 16 terakhir mungkin tidak pernah difikirkan kedua-dua kelab berkenaan kerana mereka adalah antara pasukan pilihan juara sebelum undian kalah mati dilangsung­kan, Disember lalu.

“Mereka yang bercita-cita tinggi tidak pernah takut,” kata Allegri selepas pasukannya terpaksa berdepan Atletico dengan aksi pertama akan dilangsung­kan di Wanda Metropolit­ano awal pagi esok.

“Ia seperti final, kami tidak boleh tersalah langkah,” kata pengurus Atletico, Diego Simeone.

Juventus dan Atletico Madrid masing-masing pernah melangkah ke final sebanyak 12 kali tetapi aksi di Kiev tahun lalu, kedua-duanya gagal tampil - senario pertama sejak lima tahun lalu.

Atletico muncul juara Liga Europa dan membuktika­n mereka terlalu kuat untuk kejohanan kedua Eropah itu manakala Juventus tersingkir selepas dikalahkan Real Madrid menerusi penalti yang disempurna­kan Cristiano Ronaldo pada minit ke-98.

Ia adalah jaringan ke-10 Ronaldo sepanjang tujuh aksi bersama Juventus selepas meledak dua jaringan pada perlawanan pertama, manakala dua lagi di final 2017. Juve menewaskan Real di separuh akhir dua tahun lalu tetapi sejak itu, Ronaldo berjaya menjaringk­an gol dalam setiap aksi.

Juventus berada di landasan tepat untuk menjulang Scudetto buat kali kelapan berturut-turut tetapi Liga Juara-Juara adalah pertanding­an yang dianggap utama.

Andai gagal, ia bermakna sudah 23 tahun mereka tidak berjaya menjulang Liga Juara-Juara walaupun kali ini mereka memiliki Ronaldo.

“Kami perlu berhati-hati dengan Atletico,” kata Allegri.

“Kami perlu mencari masa terbaik untuk menjaringk­an gol. Bukan mudah untuk kami mencuri gol di sana walaupun

 ??  ?? ATLETICO anggap pertemuan dengan Juve bagai aksi final.
ATLETICO anggap pertemuan dengan Juve bagai aksi final.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia