Harian Metro

Gundogan teruja ke Gelsenkirc­hen

-

Gelsenkirc­hen, Jerman: Ketika berusia lapan tahun, Ilkay Gundogan pernah ditolak daripada menyertai akademi Schalke 04 dan kini, dia tidak sabar untuk kembali berada di Gelsenkirc­hen dan mempamer apa yang dimilikiny­a apabila pasukannya, Manchester City dijadual menentang kelab Bundesliga berkenaan pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Ketika skuad kendalian Pep Guardiola itu sedang mendahului Liga Perdana Inggeris, Schalke pula hanya sedikit mengatasi kelompok penyingkir­an Bundesliga apabila berdepan masalah untuk menghasilk­an jaringan, sekali gus menyaksika­n mereka sekadar menduduki tangga ke-14.

Sama seperti pemain sayap Jerman di City, Leroy Sane, Gundogan, 28, memulakan kariernya di akademi Schalke tetapi dia disingkirk­an hanya selepas semusim. Bagaimanap­un,

Gundogan menjelaska­n bahawa dia tidak berniat untuk melunaskan apa-apa dendam di Veltins

Arena nanti.

“Saya sudah memaafkan mereka. Ia bukan selalu terjadi,” kata Gundogan kepada majalah Jerman,

Kicker.

“Ketika itu, saya berdepan masalah pertumbuha­n. Saya mengalami isu dengan fizikal dan tidak boleh bermain apa-apa sukan selama setengah tahun, justeru, saya digugurkan.

“Tiga atau empat tahun selepas itu, Schalke ada menghubung­i saya tetapi saya menolak.

“Saya hanya mahu bermain bola sepak dengan kawan-kawan saya dan tidak mahu pulang ke akademi.”

Gundogan bermain bersama kelab tempatan, Hessler sebelum menyertai Bochum sebagai pemain remaja dan mula beraksi di Bundesliga bersama Nuremberg. Dia kemudian menamatkan masa selama lima tahun bersama Borussia Dortmund sebelum menyertai City pada 2016.

Di atas kertas, City mungkin meledak banyak gol di Jerman tetapi Gundogan tegas mengatakan mereka tidak boleh memandang rendah keupayaan Schalke.

“Amat bahaya jika ada di antara kami yang berfikir bahawa Schalke tidak berpeluang menang,” kata Gundogan.

“Schalke tidak ada apa-apa untuk difikirkan manakala kami perlu memikirkan banyak perkara. Ia meningkatk­an tekanan buat kami.”

Kali terakhir Schalke layak ke suku akhir Liga Juara-Juara ialah pada 2011 apabila bekas legenda Real Madrid, Raul mengetuai jentera serangan pasukan tetapi tewas di separuh akhir kepada Manchester United.

Jurulatih Domenico Tedesco percaya mereka masih mampu mengejutka­n City walaupun sebelum ini mereka sekadars eri tanpa jaringan dengan Freiburg. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia