Harian Metro

Figo tak hairan Ronaldo masih bertahan

-

kami sedar laluan kami akan bertambah susah andai kami tidak meledak jaringan,” katanya.

Bintang yang diikat Atletico, Thomas Lemar masih belum lahir ketika Gianluca Vialli menjulang piala itu pada 1996.

Atletico berpeluang bermain di final yang akan dilangsung­kan di Wanda Metropolit­ano dan mereka bukan saja mahu merampas piala daripada tangan Real tetapi mereka juga mahu ia berlaku di bandar yang menjadi rebutan antara kedua-dua kelab Madrid terbabit.

“Sudah tentu kami akan mendapat inspirasi bermain di stadium kami sendiri, di depan penyokong sendiri dan di bandar sendiri,” kata Simeone.

“Tetapi ia tidak akan membawa makna jika kami sekadar membayangk­annya. Kami perlu jadikan ia sebagai kenyataan,” katanya. London: Luis Figo tidak terkejut melihat Cristiano Ronaldo terus cemerlang pada usia 30-an dan beliau percaya, rakan senegarany­a itu mampu menjana kemenangan Juventus pada saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Ronaldo meledak 19 gol sepanjang 24 penampilan di Serie A sejak berpindah ke kelab Turin itu dari Real Madrid musim panas lalu dan pada usia 34 tahun, dia tidak menunjukka­n tanda-tanda akan berhenti menjaringk­an gol.

Bekas pemain sayap Madrid, Figo percaya pemain pada era sekarang lebih bijak menjaga diri dan beliau menjangkak­an Ronaldo akan terus berada pada tahap terbaiknya untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Figo berkata: “Kini anda perlu bermain lebih banyak perlawanan dan sudah tentu anda akan menjaga diri sendiri jika mahu terus bermain hingga mencecah usia 36 atau 37 tahun.

“Pada zaman ini, pemain lebih bijak menjaga prestasi masing-masing. Generasi saya dan sebelum itu, anda mungkin berhenti lebih awal tetapi ketika ini, anda boleh bermain hingga usia 36 tahun.”

Juventus tidak pernah menjulang Liga Juara-Juara sejak 23 tahun lalu walaupun mereka layak ke final sebanyak lima kali, termasuk dua kali dalam empat penampilan terakhir.

Pada final 2017, Ronaldo bermain untuk pasukan lawan dan dia meledak dua kali ketika Madrid menang 4-1 sekali gus menjulang tiga gelaran Eropah berturut-turut.

Dengan Ronaldo kini menyarung jersi Juventus, Figo percaya kelab itu memiliki peluang cerah untuk muncul juara walaupun pada masa sama, beliau percaya Juve berdepan tugas sukar untuk menundukka­n Atletico Madrid.

Beliau berkata: “Saya yakin dia boleh kerana dia salah seorang pemain terbaik dunia dan di liga Itali, Ronaldo sudah membuktika­n bahawa dia tidak ada tandingan.

“Saya percaya mereka adalah salah satu pasukan pilihan untuk memenangi Liga Juara-Juara.” - Agensi

 ??  ?? JUVE mahu akhiri kemarau piala Liga Juara-Juara.
SIMEONE
RONALDO
JUVE mahu akhiri kemarau piala Liga Juara-Juara. SIMEONE RONALDO
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia