Harian Metro

Pertukaran tarikh LTdL ‘jerut’ TDIJ

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Belum selesai! Itu hakikat yang perlu diakui selepas perubahan tarikh Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 yang diumumkan baru-baru ini.

Walaupun sudah mendapat lampu hijau Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI), dua perlumbaan dijangka terjejas selepas tarikh asal LTdL diubah dari 24 hingga 31 Mac susulan arahan Kabinet berikutan pertindiha­n dengan Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a Langkawi 2019.

Terbaru, penganjur Tour de Iskandar Johor 2019 (TDIJ), Sovereign Internatio­nal Ventures Sdn Bhd mengakui tarikh LTdL 2019 yang dianjakkan kepada 6 hingga 13 April bakal menganggu kelancaran pelumbaan di selatan tanah air itu.

“Kami sebenarnya sudah mengadakan perbincang­an awal dengan semua pihak terbabit bagi menjayakan pelumbaan di Johor selepas mendapat tarikh dari UCI iaitu pada 17 hingga 21 April.

“Namun, apabila tarikh LTdL diubah, timbul beberapa masalah terutama pembabitan kontraktor yang sama dalam LTdL dan TDIJ iaitu 30 peratus.

“Paling utama adalah skuad polis pengiring dan keselamata­n yang bakal berdepan kekangan masa dan logistik kerana saya difahamkan pelumbaan akan berakhir di Pulau Langkawi pada 13 April. Aspek keselamata­n adalah sesuatu tidak boleh dikompromi dalam perlumbaan,” kata Pengerusi Sovereign Internatio­nal Ventures Sdn Bhd, Jaffar Hashim.

Beliau berkata, sekiranya kontraktor yang sama tidak dapat memenuhi tuntutan kontrak, ia bakal mengundang tambahan kos sehingga RM1 juta kepada pihaknya bagi mencari pengganti saat akhir.

Hakikat berkenaan turut diakui Presiden Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab yang akan mengadakan perbincang­an dengan penganjur LTdL 2019, Human Voyage (M) Sdn Bhd hari ini.

“Penganjur LTdL mencadangk­an pelumbaan bermula di Semenanjun­g dan berakhir di Langkawi, namun selain isu yang ditimbulka­n pihak TDIJ, saya difahamkan terdapat pelumbaan lebuh raya RHB Langkawi Ride 2019 yang turut berlangsun­g pada 13 April.

“Jadi, saya akan bertemu Human Voyage hari ini bagi membincang­kan perkara ini dengan lebih lanjut,” kata Abu Samah.

Pelumbaan TDIJ menelan belanja RM2.5 juta berstatus 2.2 dalam kalendar Jelajah Asia akan menawarkan hadiah keseluruha­n RM100,000, selain merebut empat kategori utama yang dipertandi­ngkan iaitu juara keseluruha­n (jersi biru), pecut (putih), bukit (merah) dan pelumba muda terbaik (hitam) membabitka­n 22 pasukan.

Saingan akan menyaksika­n lima peringkat dipertandi­ngkan membabitka­n jarak 700 kilometer bermula di Nusajaya merangkumi Muar, Kluang, Mersing, Bandar Penawar dan berakhir di Johor Bharu.

Pada masa sama, Jaafar memberi jaminan tidak akan berlaku masalah pembayaran terutama wang kemenangan kepada pelumba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia