Harian Metro

Azmizi dalam dilema

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Kangar: Tonggak pertahanan Singa Utara, Azmizi Azmi mengakui dirinya dalam dilema sama ada ingin terus beraksi bersama skuad itu atau ‘angkat kaki’ seperti penyerang sensasi, Safee Sali.

Malah dia mengakui bukan dirinya saja, rakan sepasukann­ya yang lain turut merasakan perkara yang sama apabila sudah hampir tiga bulan tidak menerima sebarang bayaran gaji daripada Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).

Azmizi ketika dihubungi berkata, dia tidak akan berfikir dua kali sekiranya mendapat tawaran daripada pasukan lain demi meneruskan kerjayanya dalam industri bola sepak.

“Sejujurnya, saya betul-betul kecewa dengan pihak pengurusan di atas apa yang berlaku dalam pasukan. Semua pemain bersama jurulatih sudah curahkan keringat bermain di atas padang demi bendera kuning biru (Perlis), tetapi ini yang kami dapat (tunggakan gaji).

“Sekarang ini dalam hati saya cuma 50/50 untuk terus kekal dalam pasukan, tetapi tidak akan berfikir panjang jika ada tawaran daripada pasukan lain,” kata pemain berasal dari Kuala Perlis itu.

Azmizi berkata, dia juga diselubung­i perasaan bersalah apabila mengetahui rakan sepasukann­ya, Safee Sali ‘angkat kaki’ daripada pasukan itu.

“Kami dari PKNS FC berkelana ke Perlis untuk membantu Singa Utara, sejujurnya ada timbul perasaan bersalah terhadapny­a (Safee Sali) kerana dia bermain dengan Perlis atas dasar persahabat­an yang sudah terjalin di PKNS FC,” katanya yang juga pernah beraksi untuk Kedah sebelum ini.

 ??  ?? TONGGAK Perlis, Azmizi Azmi (kiri) berebut bola dengan pemain JDT II, Mohamad Ghaddar (kanan) ketika perlawanan Liga Perdana, Jumaat lalu.
TONGGAK Perlis, Azmizi Azmi (kiri) berebut bola dengan pemain JDT II, Mohamad Ghaddar (kanan) ketika perlawanan Liga Perdana, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia