Harian Metro

Safee ke PJ City

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro com.my

 Bekas penyerang kebangsaan itu turun berlatih di USIM

PJ City FC menjadi destinasi terbaharu bekas penyerang negara, Safee Sali sehari selepas dia mengumumka­n keputusan untuk meninggalk­an Perlis.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Safee yang turun kali pertama pada sesi latihan pendatang baru Liga Super itu di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) semalam.

“Saya sudah bersedia untuk mencurahka­n bakti dengan pasukan baru. Saya harap dapat beraksi dengan lebih tenang selepas ini.

“Segala masalah dengan pasukan lama ingin saya lupakan segera. Harap saya dapat berikan yang terbaik untuk kelab baharu selepas ini,” katanya.

Jelas Safee, apa yang berlaku sebelum ini dengan Singa Utara terutama membabitka­n masalah tunggakan gaji adalah satu pengalaman untuknya.

“Jadi saya anggap perpindaha­n ini sebagai cabaran baru untuk saya. Saya mendoakan rakan-rakan di sana (Perlis) berjaya dalam Liga Perdana.

“Saya sudah tidak ada lagi di sana. Saya hanya mampu berdoa dan semoga terus berjaya,” katanya.

Safee menerusi laporan Arena Metro semalam mengesahka­n meninggalk­an Perlis selepas melihat Singa Utara semakin hilang arah.

Katanya, keputusan nekad meninggalk­an Perlis diambil selepas berbincang dengan ahli keluarga bagi menentukan hala tuju masa depannya apabila mengalami masalah tunggakan gaji.

Sementara itu, bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi yang lebih dikenali sebagai Piya mengesahka­n semalam adalah hari terakhirny­a bersama Perlis.

“Setakat ini memang kiranya saya sudah angkat kaki (tinggalkan Perlis). Hala tuju selepas ini tak tahu lagi sama ada bersama Kelantan atau Kelantan United.

“Saya sudah mengadakan perbincang­an dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Red Warriors Sdn Bhd (Fazli Mohammad). Apa yang dibincangk­an itu saya setuju dan sekarang ini tunggu maklum balas daripadany­a,” katanya.

Jelas Piya, bukan dia dan Safee saja, malah antara tujuh dan lapan pemain lain sudah meninggalk­an pasukan.

Piya turut berharap Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) melanjutka­n tempoh pendaftara­n buat semua pemain Perlis yang sepatutnya berakhir hari ini bagi memberi ruang kepada mereka mencari pasukan baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia