Harian Metro

Mohd Noor gesa FAM jelas segera wang kemenangan

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Tidak tahan menanggung derita tanpa gaji sejak Julai musim lalu, bekas jurulatih pasukan Terengganu City FC (TCFC), Mohd Noor Md Derus

menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaska­n segera wang kemenangan merangkul Piala FAM 2018.

Bekas pemain Terengganu itu juga berharap penantiann­ya bersama pegawai dan pemain selama enam bulan untuk mengecapi hasil pe ngorbanan serta titik peluh di padang bakal menjadi kenyataan dalam masa terdekat dan bukannya sekadar cakap kosong.

Selain itu, Mohd Noor juga menuntut badan induk bola sepak negara itu menyalurka­n segera wang deposit penyertaan

(gambar)

TCFC dan wang insentif peringkat kumpulan Liga FAM musim lalu ke akaun pegawai dan pemain dan bukannya melalui bekas majikannya sebagaiman­a yang dimaklumka­n FAM sebelum ini.

“Sudah berjanggut menanti untuk dapatkan tunggakan gaji kami, tapi sampai sekarang masih belum lagi diperoleh, berapa lama lagi kami harus tunggu?

“Saya difahamkan FAM akan membayar wang kemenangan menjuarai Piala FAM musim lalu selepas semalam (19 Februari) melalui akaun masing-masing jika bekas majikan terus berdegil tidak membayar hutang kami.

“Bagaimanap­un, sehingga kini bukan hanya bekas majikan kami, TCFC tidak membayar gaji kami biarpun beberapa kali berjanji, malah pihak FAM belum lagi menghubung­i kami untuk mendapatka­n nombor akaun bank pegawai dan pemain.

“Justeru jika betullah FAM mahu bantu kami menggunaka­n wang itu untuk bayar sebahagian gaji kami, kenapa mereka tidak minta nombor akaun daripada kami? Apatah lagi sudah terbukti bekas majikan kami tidak bayar tunggakan gaji dengan tempoh pembayaran bakal berakhir beberapa jam lagi,” kata Mohd Noor kepada Sukan NSTP.

Pada 23 Januari lalu dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menyatakan akan menjelaska­n sebahagian tunggakan gaji bekas pemain dan pegawai skuad itu selepas 19 Februari 2019 jika bekas majikan mereka terus berdegil tidak membayar segala hutang berkenaan. dibuat, seramai 23 pemain

“Dengan mengambil kira dan pegawai akan mendapat bebanan kewangan yang ditanggung wang tunggakan gaji berkenaan bekas pemain dan secara pro rata yang pegawai TCFC, jika 19 Februari akan dibayar oleh FAM secara TCFC masih belum terus kepada pemain menjelaska­n tunggakan dan pegawai terbabit. gaji dan wang pampasan, “Namun begitu, TCFC tidak FAM akan menggunaka­n boleh lepas tangan dan hadiah masih tetap perlu menjelaska­n wang tunai selaku baki hutang yang ada juara, wang insentif kepada pemain dan pegawai peringkat kumpulan jika mereka tidak mahu menerima dan wang deposit implikasi yang lebih penyertaan besar selepas ini,” kata Ramalingam TCFC yang dibekukan menerusi kenyataan sebelum ini berkenaan. untuk menyelesai­kan Sebelum ini, bekas pemain sebahagian hutang dan pegawai TCFC menuntut TCFC. tunggakan gaji mereka berjumlah “Berdasarka­n perkiraan RM977,100 daripada bekas majikannya namun difahamkan wang pengurusan TCFC yang dibekukan oleh FAM hanya berjumlah RM355,000.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia