Harian Metro

Bangkitlah!

-

Kejayaan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara bangkit daripada kekalahan pertama di tangan Iraq 1-4 sebelum mara ke suku akhir Kejuaraan AFC di Changshu, China tahun lalu akan menjadi inspirasi terbaik buat Malaysia melakukan perkara sama pada aksi kedua Piala LG B-22 AFF berdepan Indonesia, petang ini.

Tugas berat menanti skuad B-22 untuk mencatat kemenangan selepas tewas mengejut 0-1 kepada Kemboja pada aksi pertama di Stadium Olimpik, Phnom Penh, kelmarin.

Buat salah seorang anggota skuad tahun lalu yang kini bergelar ketua pasukan B-22, Dominic Tan berkata, mereka akan menjadikan kejayaan di China sebagai pembakar semangat dan percaya rakan sepasukann­ya mampu melakar kejutan ke atas skuad garuda muda.

“Bagi saya setiap kejohanan agak lain, mungkin perjalanan sama, tapi kita perlu bangkit tidak kira satu atau tiga mata di samping kena pertingkat­kan permainan.

“Kita pernah buat (bangkit di AFC), jadi tak ada masalah asalkan rakan-rakan mesti tahu apa tujuan kita datang ke sini,” katanya ketika di- temui pada sesi latihan pasukan di padang AIA, di sini, semalam.

Pada kejuaraan AFC yang turut dibimbing Datuk Ong Kim Swee tahun lalu itu, skuad negara bangkit dengan mengikat Jordan 1-1 sebelum mengejutka­n pasukan pilihan Arab Saudi pada aksi terakhir kumpulan dengan 1-0.

Kejayaan itu menyaksika­n Malaysia berjaya menamatkan kedudukan sebagai naib juara Kumpulan C dan membuat perhitunga­n dengan Korea Selatan di suku akhir.

Bagaimanap­un, aksi cemerlang itu gagal diteruskan apabila tewas 1-2 dengan gol tunggal negara dijaringka­n oleh N Thanabalan menerusi tandukan bersahaja pada minit ke-67.

Sementara itu, Kim Swee menegaskan skuad kendaliann­ya akan tampil dengan corak menyerang bagi memburu gol awal dalam pertemuan ‘hidup mati’ itu.

“Saya tak nampak yang kita harus bertahan, dah tentu kita perlukan jaringan terutama jika ingin mendapatka­n kemenangan. Tiada perancanga­n untuk melakukan sistem bertahan, di mana corak permainan kita selama ini pun bukan bertahan,” kata pengendali dari Melaka itu.

 Dominic gesa rakan ulangi prestasi di China

 ??  ?? DOMINIC (kanan) kebangkita­n mara ke suku akhir Kejuaraan AFC di Changshu jadi inspirasi rakan sepasukan.
DOMINIC (kanan) kebangkita­n mara ke suku akhir Kejuaraan AFC di Changshu jadi inspirasi rakan sepasukan.
 ??  ?? SKUAD B-22 negara menjalani latihan menjelang aksi menentang Indonesia.
SKUAD B-22 negara menjalani latihan menjelang aksi menentang Indonesia.
 ??  ?? Saya tak nampak yang kita harus bertahan
Ong Kim Swee
Saya tak nampak yang kita harus bertahan Ong Kim Swee
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia