Harian Metro

Kos tak cecah RM1,500

-

Kuala Lumpur: Kos pembuatan Kasut Emas yang dianugerah­kan kepada penjaring terbanyak Liga Malaysia (Liga M) tidak sampai RM1,500 berbanding RM30,000 bagi menghasilk­an plak berkualiti dan berprestij.

Ia didedahkan oleh bekas pegawai bola sepak yang sebelum ini bertanggun­gjawab penuh dalam menguruska­n anugerah berprestij itu.

Katanya, ramai pihak terutama penyokong bola sepak tempatan percaya Kasut Emas itu dibuat daripada emas atau disadurkan dengan emas, tetapi sebenarnya ia hanya but biasa yang disembur cat emas.

“Mesti ramai yang ingat Kasut Emas adalah emas tulen. Tapi sebenarnya itu semua wayang kerana sejak penganjura­n ABK (Anugerah Bola Sepak Kebangsaan), semuanya adalah but bola yang disembur cat emas saja.

“Saya adalah antara pegawai yang ditugaskan untuk menguruska­n mengenai anugerah itu sebelum ini. Biasanya setiap anugerah akan ditaja oleh syarikat berkaitan sukan dan untuk anugerah itu, sebuah syarikat terkenal penaja bagi anugerah itu.

“Malangnya, ia bukanlah sebuah plak yang bersadur emas tapi ia hanya but dalam stor yang dipilih sebelum dicat dengan warna emas. Biasanya mereka akan ambil kasut saiz sembilan. Kemudian kasut itu akan diletakkan dalam plastik lut sinar murah berbentuk empat segi yang kemudianny­a diserahkan kepada pemenang.

“Terus terang memang agak memalukan kerana ia tidak menggambar­kan prestijnya anugerah itu, sedangkan anugerah sama di luar negara jauh lebih baik dengan menggunaka­n material berkualiti tinggi,” katanya kepada Arena Metro.

Anugerah Kasut Emas dalam Liga M mula diperkenal­kan pada 2004 dengan pemenang pertama milik bekas penyerang Perak, Indra Putra Mahayuddin.

Jelas pegawai itu lagi, berdasarka­n pengalaman ketika menguruska­n Faiz Subri sebagai pemenang PUSKAS FIFA dua tahun lalu,

Trofi yang dimenangi pemain kelahiran Kedah itu sangat mahal dengan menggunaka­n bahan material bermutu tinggi.

“ABK adalah malam yang dikatakan cukup gah dan prestij kerana ia mengiktira­f sumbangan pemain dan pasukan yang berjuang selama semusim.

“Bayangkan pemain dan jurulatih yang dijemput diwajibkan memakai pakaian formal, ala-ala anugerah bola sepak dunia yang sering dianjurkan FIFA,” katanya.

Beliau berkata, hakikatnya anugerah itu hanya indah khabar dari rupa dan tidak segah yang diucapkan.

“Saya ingat lagi, ketika menguruska­n video dan gambar Faiz untuk dihantar ke FIFA, saya melihat sendiri bahan trofi PUSKAS dimenangi Faiz amat bernilai. Walaupun tidak bersalut emas, beratnya saja menggambar­kan betapa mereka cukup menjaga prestij acara berkenaan,” katanya.

 ??  ?? NIZARUDDIN menunjukka­n Kasut Emas yang dimenangin­ya pada 2009.
NIZARUDDIN menunjukka­n Kasut Emas yang dimenangin­ya pada 2009.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia