Harian Metro

Bunuh perosak terumbu karang

-

Kota Kinabalu: Inisiatif Jabatan Perikanan Sabah melaksanak­an program pemusnahan makhluk perosak mahkota duri atau

(COT) yang mengancam terumbu karang disambut baik pelbagai pihak.

Program berkenaan dijalankan Jabatan Perikanan Sabah dengan kerjasama pelbagai pihak seperti syarikat Ruby Lagoon Travel & Tour Sdn Bhd.

Operasi membabitka­n 10 penyelam bertauliah iaitu lapan daripada Jabatan Perikanan Sabah dan 2 lagi mewakili Ruby Lagoon diketuai pengarah Perikanan Sabah Dr Ahemad Sadi.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong berkata, menerusi operasi dijalankan di perairan Tebah Batang, Tungku, penyelam memusnahka­n 858 makhluk perosak.

Katanya, usaha dijalankan mampu membantu menyelamat­kan habitat terumbu karang daripada terus terancam.

“Proses memusnahka­n makhluk perosak dibuat dengan kaedah suntikan racun. Selepas tiga hingga lima jam makhluk perosak mati.

“Pembiakan makhluk perosak ini perlu dikawal sebelum ia mengakibat­kan kemusnahan kepada terumbu karang di perairan kita,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Junz berkata, jika habitat terumbu karang musnah ia secara tidak langsung boleh menjejaska­n industri pelanconga­n tempatan.

“Ekosistem terumbu karang penuh dengan keunikan flora dan fauna akuatik. Selain itu terumbu karang juga penting bagi persekitar­an marin kerana ia menjadi tempat pelbagai spesies ikan membiak,” katanya.

Sehubungan itu, Junz mengalu-alukan penyertaan mana-mana pihak dalam program sedemikian bagi memastikan kelestaria­n terumbu karang terus terpelihar­a.

 ??  ?? JABATAN Perikanan Sabah dalam melaksanak­an program pemusnahan makhluk perosak mahkota duri atau crown of thorns yang menjadi ancaman kepada terumbu karang.
JABATAN Perikanan Sabah dalam melaksanak­an program pemusnahan makhluk perosak mahkota duri atau crown of thorns yang menjadi ancaman kepada terumbu karang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia