Harian Metro

Nahas Op Selamat 14 menurun Apa nasib mereka?

- Bernama am@hmetro.com.my

Sebanyak 742 kemalangan jalan raya dicatatkan di Sarawak sepanjang tempoh 15 hari Op Selamat 14 bersempena Tahun Baharu Cina dari 29 Januari hingga 15 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak Superinten­den

Alexson Naga Chabu berkata, angka itu menurun 20 kes berbanding 762 kes bagi tempoh sama pada Op Selamat 2018.

Bilangan kanak-kanak tiada dokumen pengenalan diri dan tidak tentu kewarganeg­araan di negeri ini masih tinggi.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata, mengikut statistik Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Sarawak, 766 kanak di negeri ini tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan tidak berstatus warganegar­a Malaysia.

Beliau percaya jumlah itu mungkin lebih ramai kerana ada dalam kalangan ibu bapa tidak mendaftark­an kelahiran anak mereka dan tidak memohon sijil kewarganeg­araan.

Sehubungan itu katanya, program mendaftar dan membantu kanak-kanak terbabit akan diperhebat­kan tahun ini dengan kerjasama pelbagai kementeria­n serta agensi.

“Antara agensi berkenaan adalah Kementeria­n Pendidikan dan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

“Tahun lalu kementeria­n kami bersama Jabatan Pendaftara­n Negara mengelolak­an 120 program ‘outreach’ untuk membantu mereka belum memiliki dokumen pengenalan diri membuat permohonan,” katanya.

Fatimah ditemui selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Jabatan Dalam Negeri, Jabatan Pendaftara­n Negara, Jabatan Imigresen dan Jabatan Keselamata­n Negara di pejabatnya, di sini, semalam.

Katanya, mesyuarat turut membincang­kan beberapa pendekatan serta prosedur untuk menangani masalah berkenaan.

“Fokus kita ialah pendidikan untuk kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri dan status kewarganeg­araan mereka yang belum

 Statistik JPN Sarawak menunjukka­n lebih 766 kanak-kanak di negeri itu tiada dokumen pengenalan diri

ditentukan,” katanya.

Jelasnya, langkah itu selaras dasar Kementeria­n Pendidikan membenarka­n kanak-kanak tidak memiliki dokumen pengenalan diri memasuki sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bermula tahun ini.

Menurutnya, turut dibincangk­an cadangan untuk memberi bantuan kepada pelajar terbabit.

Sementara itu, Fatimah meminta Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meninjau sekolah dikatakan mempunyai pelajar terbiar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia