Harian Metro

Pegawai polis pantau masjid

-

Kota Kinabalu: Kejadian jenayah kecil seperti mencuri selipar, kasut, wang tabung dan vandalisme di masjid dijangka mampu diatasi dengan menempatka­n anggota polis sebagai Pegawai Perhubunga­n Masjid.

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar berkata, meskipun dianggap kes terpencil, kehadiran anggota polis mampu mengurangk­an kejadian seumpama itu.

Katanya, masjid menjadi sasaran penjenayah. Berikutan itu kerjasama daripada pihak polis amat diperlukan.

“Memang kes tidak serius namun perlu ditangani untuk menjaga kepentinga­n dan keselamata­n jemaah,” katanya selepas merasmikan Konvensyen al-Quran dan Pelancaran Satu Masjid Satu Polis, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Zaini Jass; Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Dr Hasbullah Taha; Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bongsu Aziz Jaafar; Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Norjeli Dais dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Saifulzama­n Sangul.

Pada majlis itu Aidi menyerahka­n watikah pelantikan Pegawai Perhubunga­n Masjid kepada anggota polis terbabit.

Aidi berkata, pelantikan anggota polis sebagai Pegawai Perhubunga­n Masjid perlu diperluask­an ke semua masjid termasuk yang diurus pihak universiti dan sekolah.

“Ketika ini Pegawai Perhubunga­n Masjid hanya ditempatka­n di 664 masjid, tetapi di seluruh negeri ada sebanyak 1,009 masjid termasuk 64 masjid di kawasan sekolah, institusi pengajian tinggi dan swasta,” katanya.

Sementara itu, Zaini berkata, menerusi program itu, anggota polis dilantik diwajib mengadakan perjumpaan dengan ahli jawatankua­sa masjid sebanyak dua kali setiap bulan.

Katanya, pendekatan itu bertujuan mendekatka­n polis dengan komuniti dan memudahkan kariah masjid menyampaik­an maklumat jika berlaku jenayah di kawasan masjid.

 ??  ?? AIDI menjawab pertanyaan media selepas Konvensyen al-Quran dan Pelancaran 1 Masjid 1 Polis (1M1P) di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah.
AIDI menjawab pertanyaan media selepas Konvensyen al-Quran dan Pelancaran 1 Masjid 1 Polis (1M1P) di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia