Harian Metro

UBAH SUAI RM650K

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu

Seorang pesara guru sanggup membelanja­kan wang lebih RM700,000 semata-mata mahu memenuhi impiannya memiliki rumah tradisiona­l Terengganu.

Saari Jusoh, 58, nyata gembira apabila dia kini mempunyai dua rumah antik Terengganu iaitu rumah bujang yang dibina pada 1879 dan rumah tele berusia lebih 100 tahun.

Rumah bujang yang diperbuat daripada kayu cengal itu dibeli sejak 20 tahun lalu di Kampung

Nisan Empat, Tanjung dengan harga RM60,000 dan ditempatka­n di pekarangan rumahnya di Kampung Laut dekat sini.

Sementara itu, rumah tele yang dibeli di Kampung Tanjung dengan harga RM70,000 sebelum diubah suai dengan kos sebanyak RM650,000 itu kini berada di pekarangan pejabatnya di Kampung Tok Kaya.

Saari berkata, dia tidak kisah menghabisk­an wang untuk merealisas­ikan impiannya memiliki rumah tradisiona­l Terengganu itu.

“Jika orang tanya tentang simpanan, saya tidak mempunyai wang simpanan kerana semuanya sudah dihabiskan sebaliknya hanya memiliki dua rumah yang berharga itu.

“Semua wang yang diperoleh hasil berniaga digunakan untuk membeli dan membaik pulih rumah tradisiona­l.

“Hanya Allah SWT yang tahu kepuasan yang saya peroleh daripada koleksi rumah tradisiona­l yang dimiliki ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Laut di sini, semalam.

Katanya, dia bukan sekadar memiliki dua rumah tradisiona­l itu, tetapi turut membuat kajian selain mempelajar­i selok-belok

mengenai rumah tradisiona­l seperti itu.

“Selain membuat rujukan daripada buku, muzium dan tukang rumah antik, saya turut pergi ke negara-negara yang masih kaya dengan keunikan rumah tradisiona­l seperti itu.

“Thailand dan Indonesia antara negara yang kerap dikunjungi untuk membuat rujukan mengenai rumah tradisiona­l,” katanya yang bekas guru Sekolah Pusat Yayasan Islam Terengganu.

Menurutnya, keunikan rumah tradisiona­l Terengganu perlu dipertahan­kan dengan memulihara khazanah itu sebaik mungkin.

“Banyak rumah antik seperti ini dirobohkan kerana pembanguna­n sejak lebih 30 tahun lalu dan saya bertuah kerana masih memilikiny­a.

“Ia bukan hanya untuk kepuasan saya, tetapi sekurang-kurangnya dua rumah itu boleh dijadikan rujukan dan tatapan generasi akan datang.

“Malah, dua rumah itu turut menjadi pilihan pengunjung yang mahu mengambil gambar sebagai kenangan selain dijadikan sebagai lokasi untuk penggambar­an pelbagai rancangan televisyen,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Azizah Said, 57, berkata, dia sentiasa menyokong minat dan impian suaminya kerana sudah maklum dengan kecenderun­gan lelaki terbabit sejak mereka berkahwin.

 Pesara guru sanggup perhabis ratusan ribu beli, ubah suai dua rumah antik berusia lebih seabad

 ??  ??
 ??  ?? TEMPAYAN lama berusia lebih 100 tahun yang dijadikan hiasan.
TEMPAYAN lama berusia lebih 100 tahun yang dijadikan hiasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia