Harian Metro

GILIRAN ZARA ZYA MAHU SAMAN

-

Pelakon Zara Zya, 34, akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya tidak menerima permohonan maaf daripada penulis blog yang menimbulka­n fitnah terhadapny­a.

Zara ternyata kecewa dengan tindakan seorang penulis blog yang memuat naik artikel dengan judul ‘Hari kekasih kantoi leher Zara Zya penuh love bite?’ melalui blog KAMI di Facebook yang boleh menjatuhka­n reputasi dan nama baiknya.

Sehubungan itu, Zara memberi masa tiga hari bermula semalam kepada penulis blog itu untuk memadam muat naik itu serta membuat permohonan maaf secara terbuka.

Zara ketika dihubungi berkata, tajuk blog itu menimbulka­n fitnah ke atasnya, sekali gus memberi kesan buruk sehingga ada peminat yang memberitah­u akan berhenti menyokongn­ya.

“Disebabkan tajuk blog itu, ada peminat yang meluahkan rasa kecewa kepada saya sehingga ada yang ingin berhenti menyokong saya dan berhenti mengikut saya di Instagram dan sebagainya.

“Saya tak salahkan mereka kerana terpedaya dengan fitnah itu, tapi salahkan sikap penulis blog yang tidak bertanggun­gjawab itu,” katanya.

Sejak dia memuat naik kenyataan supaya penulis blog itu membuat permohonan maaf secara terbuka, pagi semalam, Zara belum menerima sebarang jawapan.

“Saya tahu mengenai perkara itu sejak tiga hari lalu apabila ada peminat yang memaklumka­n kepada saya. Selepas mendapat nasihat peguam Datuk Hifdzi Hamzah, saya muat naik kenyataan di Instagram pagi tadi (semalam).

“Namun, sehingga kini belum ada sebarang jawapan atau tindakan daripada pihak penulis blog itu,” katanya.

Zara turut mengingatk­an penulis blog lain supaya tidak mengambil kesempatan terhadap orang lain untuk kepentinga­n sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia