Harian Metro

PENUTUPAN JALAN TAR BELUM MUKTAMAD

- Mohamad Hussin dan Suraya Roslan am@hmetro.com.my

“Keputusan belum muktamad lagi. Pengumuman yang saya buat minggu lalu hanya untuk mendapatka­n respon pelbagai pihak.

“Bagaimanap­un, kita akan buat keputusan sebelum 15 Mac ini sama ada mengekalka­n keputusan menutup laluan itu atau sebaliknya,” kata Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad berhubung cadangan penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, pada 15 Mac depan. Beliau berkata, pihaknya belum memuktamad­kan cadangan penutupan Jalan TAR kerana masih pertimbang­kan cadangan dan pandangan semua pihak.

“Kita masih lagi dalam proses perbincang­an dan saya sendiri turun padang meninjau Jalan TAR membabitka­n Jalan Esfahan hingga ke Jalan Melayu, petang ini (semalam) bagi melihat keadaan di sini.

“Selepas ini kita akan mengadakan perbincang­an dengan pihak Persatuan Peruncit Jalan Batu (BARRA) untuk mendapatka­n satu keputusan yang akan dimuktamad­kan.

“Saya tak nak isu ini tertangguh lama dan kalau boleh diselesaik­an sebelum 15 Mac ini. Saya akan umumkan keputusan dalam tempoh terdekat selepas mendengar pandangan semua pihak,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Program Walkabout di Jalan TAR, di sini, semalam.

Khalid berkata, pengumuman dibuat minggu lalu hanya untuk mendapatka­n respon daripada pelbagai pihak sama ada bersetuju menutup laluan berkenaan atau sebaliknya.

“Kami hanya nak dapatkan respon saja. saya terpaksa membuat pengumuman dan pelbagai cadangan dan pandangan yang kami terima.

“Kita hanya mahu ambil maklumat mengenai cadangan ini. Namun hakikatnya, kita perlu melakukan perubahan dan rombakan semula bagi menggalakk­an perniagaan.

“Apa yang kita inginkan keadaan yang lebih baik untuk semua pihak dan bukannya ada kepentinga­n mana-mana pihak untuk nak dapat duit bagi projek ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KHALID (tengah) meninjau keadaan di sekitar Jalan TAR, semalam.
KHALID (tengah) meninjau keadaan di sekitar Jalan TAR, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia