Harian Metro

Reman lima hari terima suapan RM3j

-

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan serta timbalanny­a antara tiga individu direman lima hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan membabitka­n projek bernilai RM3 juta sejak tiga tahun lalu.

Turut direman seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat membuat kapal.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Teoh Shu Yee mengeluark­an perintah reman ke atas suspek berusia 37, 50 dan 56 tahun itu bermula semalam hingga 23 Februari ini.

Reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun penjara dan denda lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah jam 10 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM dan bekas timbalanny­a menerima suapan daripada beberapa syarikat kontraktor yang beroperasi di sekitar negeri sebagai balasan kerana memberikan projek serta tender di perbadanan itu sejak 2016.

Semalam, SPRM menahan semua suspek termasuk isteri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM berusia 31 tahun di Melaka Tengah dan turut menyita sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover serta pelbagai jam tangan mewah.

Permohonan reman terhadap wanita berkenaan bagaimanap­un ditolak pihak mahkamah.

 ??  ?? TIGA individu direman lima hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan projek bernilai RM3 juta di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh.
TIGA individu direman lima hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan projek bernilai RM3 juta di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia