Harian Metro

UPAH CUKUP MAKAN SAJA

tradisiona­l nafi  Tukang emas pulangan tinggi kepakaran beri

-

Tanggapan sesetengah orang tukang emas adalah golongan ‘kaya raya’ sebenarnya tidak tepat.

Tukang emas tradisiona­l Tuan Azmi Tuan Moning, 55, yang mewarisi perniagaan emas bapanya berkata, hakikatnya, upah diterima hanya cukup menyara keluarga apatah lagi jika masih mengekalka­n cara pembuatan tradisiona­l.

Tambah beliau, itu antara faktor generasi muda kini tidak berminat meneruskan perniagaan emas milik keluarga, lebih-lebih lagi kerja pertukanga­n emas memerlukan kesabaran tinggi sedangkan upah diterima tidak seberapa.

Keadaan itu menyumbang kepada berkurangn­ya bilangan kedai emas di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Sekiranya sekitar tahun 80-an ada lebih 50 orang tukang emas tradisiona­l, tetapi kini hanya ada 15 yang masih bertahan.

“Saya terkilan kerana satu-satunya anak lelaki tidak berminat meneruskan perniagaan ini dan memilih kerja ‘makan gaji’.

“Perniagaan kami berbeza berbanding tauke kedai emas yang mampu menikmati hidup mewah kerana meraih margin keuntungan tinggi daripada jualan barang kemas serta kos upah yang dinaikkan melebihi 200 peratus,” katanya.

Tuan Azmi menjalanka­n perniagaan­nya di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, tujuh kilometer dari bandar Kuala Terengganu.

Tuan Azmi menerima lebih 20 pelanggan setiap bulan termasuk yang membuat tempahan baharu serta membaiki barang kemas.

“Kaedah tradisiona­l menggunaka­n tangan dan peralatan manual menghasilk­an barang kemas yang lebih tinggi kualitinya dan tidak mudah rosak berbanding yang menggunaka­n mesin,” katanya yang dibantu seorang pekerja, Ungku Hassanuddi­n Ungku Ismail, 44.

Kepakaran Tuan Azmi

 ??  ?? HABUK emas dikutip semula untuk dipulangka­n kepada pelanggan.
HABUK emas dikutip semula untuk dipulangka­n kepada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia