Harian Metro

HIDANGAN LALOK

Pelanggan dakwa alami simptom lalok selepas jamu selera

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

Sebuah restoran di sini diperiksa polis dan Jabatan Kesihatan kelmarin selepas menerima aduan pelanggan yang mengalami simptom lemah dan khayal selepas makan di premis berkenaan.

Dalam operasi bersepadu pada jam 11.20 pagi itu, turut ditahan seorang tukang masak dan dua pembantuny­a termasuk seorang warga Bangladesh didapati positif dadah jenis opiat.

Terdahulu, mesej yang mendakwa seorang anggota polis dan tiga lagi anggota lain ‘sangkut’ ujian saringan air kencing selepas makan di premis Teluk Intan dan tukang masak premis berkenaan sudah ditahan, tular di WhatsApp sejak kelmarin.

Sumber berkata, pemeriksaa­n dijalankan susulan laporan seorang anggota polis yang mengalami simptom lemah, mengantuk dan khayal selepas makan di premis berkenaan, kelmarin.

Menurutnya, pemeriksaa­n dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak bersama pegawai Jabatan Kesihatan, turut merampas beberapa jenis masakan seperti kuah makanan, ayam goreng, sayur dan nasi putih. Katanya, sebungkus plastik lutsinar mengandung­i biji kas-kas turut dirampas dan semua sampel yang dirampas dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh untuk pemeriksaa­n. “Pemilik premis memaklumka­n masakan tidak menggunaka­n sebarang bahan terlarang atau mengkhayal­kan, namun bahan masakan seperti kas-kas ada digunakan sedikit oleh tukang masak,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superinten­dan Yahaya Hassan ketika dihubungi mengesahka­n ada menjalanka­n pemeriksaa­n bersama Jabatan Kesihatan di premis berkenaan.

Katanya, sampel makanan diambil untuk tindakan lanjut dan menegaskan ia perlu menunggu keputusan ujian kimia.

“Polis menahan tiga pekerja premis berkenaan yang berusia antara 30 hingga 70-an selepas ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati mereka positif opiat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RESTORAN yang diarah tutup Kementeria­n Kesihatan Malaysia.
RESTORAN yang diarah tutup Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia