Harian Metro

IBUKU SYURGAKU

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

 Cara unik Che Mohd Taufik bawa emak naik motosikal tular di media sosial

Tindakan seorang lelaki membawa ibunya dengan meletakkan­nya di bahagian hadapan motosikal mengundang rasa sayu dan simpati masyarakat apabila melihat keakraban dua beranak itu.

Malah, lelaki itu turut dilihat menyuapkan makanan kepada ibunya yang sudah uzur di sebuah kedai makan di Wakaf Bharu, Tumpat sehingga tular di media sosial.

Demikian rutin Che Mohd Taufik Sulaiman, 44, yang menjaga keperluan ibunya Habshah Ngah, 83, selepas kematian bapanya.

Che Mohd Taufik berkata, selepas arwah bapanya (Sulaiman Mohamad) meninggal dunia, dia mengajak ibunya berhijrah ke Kelantan pada 1995 dan menetap di Pondok Al Diniah Al Yusuffiah Banggol Naim, Gelang Mas, Pasir Mas sehingga kini.

“Sebelum ini, kami menetap di Pulau Duyong, Terengganu mengambil keputusan untuk berhijrah ke pondok ini bagi menuntut ilmu agama selepas saya meminta kebenaran abang dan kakak untuk membawa ibu bersama.

“Sudah 24 tahun kami tinggal di pondok ini dan kebanyakan mereka yang mengenali saya dan ibu amat memahami keakraban kami kerana sering bersama setiap masa.

“Walaupun kami adik-beradik tidak tinggal bersama, mereka ada bertanya khabar dan setahun sekali akan datang beraya bersama di pondok ini jika kami tidak pulang ke sana.

“Selepas mendirikan rumah tangga sejak November tahun lalu, isteri (Nurul Syuhada Abdullah, 30) banyak membantu menguruska­n keperluan ibu ketika saya tiada di rumah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Anak bongsu daripada empat beradik itu berkata, selain menghidap penyakit darah tinggi, ibunya juga mempunyai masalah saraf sejak empat tahun lalu sehingga menyebabka­nnya hilang upaya untuk berjalan.

“Setiap kali saya keluar mengajar, isteri akan mengambil alih tugas menguruska­n ibu di rumah termasuk memandikan­nya serta menyuapkan makanan.

“Alhamdulil­lah, saya bersyukur kerana dikurniaka­n isteri yang memahami dan sanggup bersama-sama untuk menjaga ibu yang sudah uzur,” katanya.

Katanya, dia dilantik menjadi tenaga pengajar di Pondok Al Diniah Al Yusuffiah sejak enam tahun lalu dan kerja yang dilakukan adalah ikhlas daripada hati untuk menyumbang ilmu agama kepada anak-anak di pondok itu.

“Mujurlah ibu mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diperolehn­ya sebanyak RM300 selain wang zakat daripada mereka yang datang melawat dan boleh digunakan untuk membeli keperluan ibu.

“Setiap sebulan atau dua bulan sekali saya perlu membawa ibu ke Hospital Meranti, Pasir Mas untuk menjalani rawatan susulan dengan menunggang motosikal yang sudah uzur.

“Apabila membawa ibu menunggang motosikal bersama, saya meletakkan­nya di bahagian hadapan kerana bimbang dia akan terjatuh disebabkan keadaannya yang uzur selain menghidap penyakit saraf,” katanya.

Katanya, dia amat mengharapk­an bantuan supaya ada pihak yang sudi menyumbang­kan motosikal roda tiga bagi memudahkan­nya membawa ibunya ke hospital.

Ditanya mengenai perbuatann­ya itu tular di media sosial sehingga menyentuh hati ramai pihak, Che Mohd Taufik mengakui terkejut dengan perkara itu.

 ??  ??
 ??  ?? CHE Mohd Taufik bawa ibunya dengan meletakkan­nya di bahagian hadapan motosikal mengundang rasa sayu dan simpati masyarakat.
CHE Mohd Taufik bawa ibunya dengan meletakkan­nya di bahagian hadapan motosikal mengundang rasa sayu dan simpati masyarakat.
 ??  ?? CHE Mohd Taufik mengangkat ibunya yang menghidap penyakit darah tinggi, masalah saraf dan hilang upaya untuk berjalan.
CHE Mohd Taufik mengangkat ibunya yang menghidap penyakit darah tinggi, masalah saraf dan hilang upaya untuk berjalan.
 ??  ?? CHE Mohd Taufik bersama isteri, Nurul Syuhada dan ibunya.
CHE Mohd Taufik bersama isteri, Nurul Syuhada dan ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia