Harian Metro

RAMPAS AL-QURAN SATU KONTENA

- Iskandar Shah Mohamed am@hmetro.com.my

 KDN rampas al-Quran dari Indonesia tanpa kebenaran LPPPQ bernilai RM502,800

Kerana keuntungan semata-mata, ada pihak sanggup menyeludup kitab suci al-Quran dari Indonesia ke negara ini menerusi kontena di sini, serta tanpa kebenaran Lembaga Pengawalan, Pelesenan dan Pencetakan Teks Al-Quran (LPPPQ).

Bagaimanap­un, cubaan menyeludup ribuan naskhah al-Quran bernilai RM502,800 di Pelabuhan Utara di sini, itu gagal apabila dirampas Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Isnin lalu.

Difahamkan, kitab suci itu diseludup bagi pasaran tempatan dan dijual secara dalam talian berikutan menerima permintaan tinggi terutama menjelang Ramadan tahun ini.

Al-Quran berkenaan tidak diisytihar­kan dalam dokumen Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan tidak memperoleh kebenaran mengimport LPPPQ.

Pengarah Bahagian Penguatkua­saan dan Kawalan (PKK) KDN Selangor Feisal Mohd Ali berkata, rampasan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada JKDM berkaitan satu kontena yang turut mengandung­i kitab suci itu jam 2 petang.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan 10 pegawai dan anggota bergegas ke pelabuhan berkenaan untuk menjalanka­n pemeriksaa­n.

“Kami menemui 192 kotak mengandung­i 5,050 naskhah al-Quran bersaiz kecil dan besar dianggarka­n bernilai RM502,800.

“Semua kitab suci itu berasal dari Indonesia membabitka­n empat jenis terbitan,” katanya di Pejabat PKK KDN Cawangan Pelabuhan Klang di Bandar Bukit Tinggi di sini, semalam. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 7 (1) dan Seksyen 8 Akta Percetakan al-Quran (APTQ) 1986 kerana mengimport teks al-Quran tanpa kebenaran LPPPQ serta tidak mengandung­i maklumat tertentu ditetapkan.

“Kami masih menyiasat termasuk mengenal pasti pemilik yang mengimport semua al-Quran itu,” katanya.

Feisal berkata, kandungan al-Quran itu dikhuatiri tidak menepati dari segi ayat dan baris serta menyebabka­n bacaan umat Islam menyimpang daripada maksudnya.

“Al-Quran itu turut dieja dalam tulisan rumi sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamk­an sebarang ejaan ayat suci dalam format berkenaan.

“Kami dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mendapati ia tidak mengikut konsep resam Uthmani yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? FEISAL menunjukka­n al-Quran yang mendapat kelulusan menerusi cop dan hologram KDN.
FEISAL menunjukka­n al-Quran yang mendapat kelulusan menerusi cop dan hologram KDN.
 ??  ?? SEBAHAGIAN naskhah al-Quran import yang dirampas.
SEBAHAGIAN naskhah al-Quran import yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia