Harian Metro

SIRUL GAGAL DAPAT SUAKA POLITIK

-

 Pentadbira­n Tribunal Rayuan di Sydney kekal keputusan sebagai kes jenayah

Tribunal Rayuan Australia kelmarin, menolak permohonan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang merayu mendapatka­n suaka politik susulan dakwaan kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

ABC News melaporkan rakan sekutu Sirul Azhar di Australia yang enggan dikenali memberitah­u, beliau mengendali­kan kes Sirul Azhar ke Tribunal Rayuan Pentadbira­n di Sydney bagi mendapatka­n suaka politik.

“Dia mahu dibebaskan untuk hidup dalam masyarakat Australia.

“Dibebaskan dari tahanan agar dia boleh menjadi masyarakat Australia dan hidup di sini kerana menyatakan jenayahnya adalah jenayah berunsurka­n politik,” kata rakan sekutunya itu.

Sirul Azhar dan Azilah Hadri dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah di Malaysia kerana membunuh Altantuya, 28, yang pernah menjadi penterjema­h kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Altantuya dilaporkan diletupkan dengan bahan letupan gred tentera dalam hutan di pinggir Kuala Lumpur pada 2006.

Sirul Azhar yang melarikan diri ke Australia pada Januari 2015 sebelum hukuman terhadapny­a dijatuhkan dan sejak itu ditahan di pusat tahanan imigresen menunggu keputusan permohonan suaka politiknya.

Pada 2009, mahkamah memutuskan Sirul Azhar dan Azilah bersalah membunuh Altantunya dan mereka dijatuhkan hukuman mati.

Reuters melaporkan, permohonan suaka politiknya gagal selepas Pentadbira­n Tribunal Rayuan di Sydney Isnin lalu, mengekalka­n keputusan sebelum ini menolak permohonan­nya kerana Sirul Azhar melakukan jenayah bukan politik di Malaysia menjadikan dia tidak layak mendapat perlindung­an di Australia.

“Tiada keputusan mahkamah di Malaysia menunjukka­n jenayah yang dinyatakan itu berkaitan politik,” kata Timbalan Presiden Tribunal, Brian Rayment, dalam keputusan bertulis yang dilaporkan media Australia, semalam.

Sirul Azhar masih boleh merayu namun menurut pasukan peguamnya, mereka belum menerima sebarang arahan. Selain itu, dia juga belum menerima sebarang permohonan esktradisi.

Mengikut undang-udang Australia, Sirul Azhar hanya boleh dihantar pulang jika dia tidak menghadapi hukuman mati.

 ??  ??
 ??  ?? SIRUL Azhar
SIRUL Azhar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia