Harian Metro

6 LEMAS ASAP

- Muhammad Apendy Issahak, Farah Suhaidah Othman dan Balqis Jazimah Zahari cnews@nstp.com.my

> Tai Chee Kin sudah berjanji untuk bersarapan bersama keluarga di rumah ibu bapanya di Chemor, manakala Lau Wai Hoong sempat menghantar mesej kepada rakan sekerjanya untuk memberitah­u tempat kerja mereka terbakar. Namun kedua-duanya maut dalam kebakaran pusat hiburan di Ipoh, Perak bersama empat lagi mangsa pagi semalam.

 Enam maut terhidu asap selepas pusat hiburan disambar api

Ipoh

“Abang tidak pulang untuk bersarapan bersama keluarga di rumah ibu bapa kami di Chemor seperti dijanjikan, malah telefon bimbitnya juga gagal dihubungi.

“Risau dengan keadaan itu, ibu meminta saya mencarinya.

“Saya mencari di sekitar bandar ini dengan bertanya rakannya sebelum dimaklumka­n abang sudah meninggal dunia dalam kebakaran,” kata Tai Chee Wah, adik kepada Tai Chee Kin, 37, seorang daripada enam mangsa yang maut dalam tragedi kebakaran pusat hiburan di Times Square, Jalan Sultan Nazrin

Shah di sini, jam

5.30 pagi semalam.

Turut maut dalam kejadian itu, Lau Wai

Hoong, 36, dan Chooi

Keng Heen, 31, manaka- la tiga lagi mangsa adalah warga asing iaitu dua wanita dari Vietnam, Ngu Yen Thi Trang, 19, dan Ngu Yen Thi Thuy Duong, 21, serta seorang lelaki Bangladesh dikenali Johirul Islam, 26.

Dua lagi mangsa hanya cedera dan tujuh berjaya menyelamat­kan diri. Setakat ini, kematian dipercayai lemas akibat terhidu asap.

Chee Wah berkata, mereka tiga beradik termasuk abang dan adik perempuann­ya sudah merancang bersarapan bersama di kediaman ibu bapa mereka kira-kira jam 9 pagi semalam.

Bagaimanap­un, Chee Kin tidak pulang ke rumah sebelum diberitahu mendiang terbabit dalam insiden kebakaran.

Selain itu, seorang daripada enam mangsa yang maut juga sempat menghantar mesej melalui aplikasi WeChat kepada rakannya memberitah­u tempat kerjanya terbakar.

Mangsa, Lau Wai Hoong, memaklumka­n rakannya mengenai kebakaran yang berlaku di pusat hiburan terbabit.

“Wai Hoong ada hantar mesej melalui aplikasi WeChat pagi tadi (semalam) memberitah­u tempat kerjanya terbakar, namun dia tidak meminta bantuan atau memberitah­u keadaannya.

“Saya hanya mengetahui mengenai kematianny­a melalui rakan lain dan berita di media,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada jam 5.49 pagi dan sebaik tiba dimaklumka­n terdapat 10 mangsa berada dalam bangunan lapan tingkat berkenaan.

“Kebakaran berlaku di tingkat empat bangunan terbabit yang mempunyai 15 bilik ka- raoke pelbagai saiz dan ketika operasi menyelamat, bomba berjaya mengesan lapan mangsa yang lari menyelamat­kan diri di tingkat lima.

“Lapan mangsa berkenaan dibawa turun menggunaka­n tangga melalui jentera bomba dengan dua daripadany­a mengalami sesak nafas dan dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaa­n di tingkat empat menemui dua lelaki tempatan yang disahkan meninggal dunia.

“Pemeriksaa­n lanjut menemui empat lagi mangsa membabitka­n dua wanita dan dua lagi lelaki.

“Secara keseluruha­n kejadian ini mengakibat­kan enam mangsa maut iaitu tiga lelaki tempatan, dua wanita Vietnam dan satu lelaki Bangladesh manakala dua lelaki tempatan cedera, tujuh terselamat membabitka­n lima lelaki dan dua wanita tempatan,” katanya.

Ditanya sama ada ketika operasi menyelamat dan pemadaman api dilakukan pusat hiburan itu sedang beroperasi, Sayani memaklumka­n keadaan sangat huru-hara ketika itu.

“Bomba tidak pasti sama ada premis itu sedang beroperasi atau sudah menamatkan operasi namun berdasarka­n keadaan dilihat di lokasi kebakaran dipercayai ia masih beroperasi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby pula mengesahka­n pusat hiburan itu pernah diserbu beberapa kali kerana menjalanka­n aktiviti tidak bermoral.

“Permis berkenaan pernah diperiksa kerana dipercayai menggaji pekerja asing sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) membabitka­n empat pemeriksaa­n pada 2017 dan satu pada 2018,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ENAM maut selepas pusat hiburan di Times Square, Jalan Sultan Nazrin Shah terbakar jam 5.30 pagi semalam.
ENAM maut selepas pusat hiburan di Times Square, Jalan Sultan Nazrin Shah terbakar jam 5.30 pagi semalam.
 ??  ?? KESEDIHAN tidak terhingga waris mangsa kebakaran di tempat kejadian, semalam.
KESEDIHAN tidak terhingga waris mangsa kebakaran di tempat kejadian, semalam.
 ??  ?? WAI Hoong
JOHIRUL
THI Thuy
CHEE Kin
WAI Hoong JOHIRUL THI Thuy CHEE Kin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia