Harian Metro

Keluarga hadir lihat proses ujian DNA

-

Kuala Lumpur: Ahli keluarga usahawan tekstil dari Bandung, Indonesia, yang ditemui mati di Bandar Desa Coalfield, Sungai Buloh, 26 Januari lalu akan datang ke Malaysia bagi melihat proses ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA), minggu depan.

Peguamnya, Hermawan berkata, pihaknya akan berkunjung ke negara ini bagi menemui pihak berkuasa Malaysia dan melihat keadaan jenazah Ujang Nuryanto, 37.

“Bagaimanap­un, isterinya, Meli Rahmawati, 33, tidak akan ke Malaysia kerana masih bersedih dan meminta agar tidak diganggu.

“Setakat ini pihak kami tidak tahu bila jenazah (Nuryanto) akan dibawa pulang (ke Indonesia) dan menunggu keputusan dari Malaysia,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Hermawan berkata, hubungan perdaganga­n antara usahawan berkenaan dan tiga rakan niaga di Malaysia sebelum ini sangat baik dan tidak pernah menimbulka­n masalah.

“Saya bersamanya sejak setahun lalu dan menguruska­n perniagaan bersama Nuryanto. Dia tidak pernah menerima sebarang ugutan dari Malaysia.

“Bagaimanap­un, pada 20 Januari lalu dia ada menghubung­i saya mengatakan diugut orang yang akan memindahka­n wang dari Malaysia ke Indonesia.

“Selepas itu dia gagal dikesan sebelum rakan niaganya di Malaysia membuat laporan polis berhubung kehilangan­nya,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pasti kenapa Nuryanto berpindah tiga kali dari hotel pertama di Sungai Buloh.

“Dia mempunyai hutang di Indonesia, datang ke Malaysia untuk kutip hutang di Malaysia bagi menampung hutang di Indonesia yang banyak,” katanya.

Pada 26 Januari lalu, mayat dua individu tanpa identiti ditemui berhampira­n sungai di kawasan kelapa sawit.

Selain itu, satu plastik dipercayai mengandung­i kepala, tangan dan kaki yang turut ditemui di lokasi kejadian oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan, jam 2.30 petang.

Hasil pemeriksaa­n polis mendapati mayat seorang lelaki dan wanita yang ditemui di lokasi kejadian.

Susulan itu, dua lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan dua mayat berkenaan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 15 Februari lalu.
LAPORAN Harian Metro, 15 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia