Harian Metro

Azab dibalun saban hari

 Ibu, bapa tiri ditahan mengaku dera anak usia 12 tahun sejak dua tahun lalu

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Didera teruk hingga menyebabka­n bahagian belakang tubuh mangsa berparut dan penuh dengan kesan luka. Mangsa dipercayai dipukul ibu dan bapa tirinya menggunaka­n wayar mikrofon, rotan dan penyangkut baju saban hari.

Itu azab dialami seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang didera sejak dua tahun lalu di kediaman dihuni di Pangsapuri Desa Melayu, Taman Bayu Puteri di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinai­n Jais berkata, kejadian itu terbongkar selepas polis menerima maklumat dan menyerbu kediaman itu jam 11.30 pagi kelmarin.

Menurutnya, kanak-kanak lelaki yang diselamatk­an polis itu didapati tiada MyKid kerana kelahirann­ya tidak pernah didaftarka­n.

“Keadaan itu menyebabka­n kanak-kanak itu tidak pernah bersekolah dan tinggal di rumah bersama dua adik tirinya, perempuan berusia tiga tahun dan lelaki berusia setahun.

“Hasil serbuan, polis menahan dua individu iaitu lelaki warga tempatan berusia 29 tahun yang juga bapa tiri mangsa dan seorang wanita warga asing, 38, yang juga ibu mangsa jam 1 tengah hari di rumah berkenaan.

“Hasil soal siasat, pasangan suami isteri itu mengaku mendera kanak-kanak berkenaan sejak dua tahun lalu,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa kini menjalani pemeriksaa­n perubatan dan rawatan di sebuah hospital di negeri ini.

“Siasatan mendapati suspek lelaki yang juga pemandu bas di Singapura pernah menjadi sukarelawa­n polis di Balai Polis Puchong Jaya, Selangor, manakala isterinya seorang peniaga makanan dalam talian.

“Gambar yang tular di laman sosial Facebook (FB) menunjukka­n suspek berpakaian jaket polis dan duduk di atas sebuah motosikal. Itu gambar lama ketika dia masih berkhidmat sebelum ditamatkan perkhidmat­an pada 2013,” katanya.

Shahurinai­n berkata, pasangan suami isteri itu direman tujuh hari bermula semalam hingga 26 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubung­i Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS di nombor 07-2218999.

Sejak petang kelmarin, tular gambar kanak-kanak dengan belakang badannya terdapat kesan luka dipercayai mangsa dera.

Dua gambar itu memperliha­tkan kesan kecederaan dengan gambar pertama membabitka­n bahagian belakang badan mangsa terdapat kesan luka lama dan baru.

Gambar kedua pula memperliha­tkan badan kanak-kanak itu mengalami kesan kecederaan. Kanak itu didakwa didera dan dipukul menggunaka­n wayar periuk nasi oleh kedua-dua ibu bapanya.

 ??  ?? GAMBAR yang tular menunjukka­n keadaan badan mangsa yang dipenuhi kesan luka lama dan baru.
GAMBAR yang tular menunjukka­n keadaan badan mangsa yang dipenuhi kesan luka lama dan baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia