Harian Metro

Wanita kejar peragut sampai ditangkap

-

Kota Kinabalu: Tindakan berani seorang wanita mengejar lelaki yang meragut telefon bimbitnya membawa tangkapan suspek yang cuba meloloskan diri dalam kejadian di hadapan sebuah kedai di Kompleks Segama di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, suspek berusia 33 tahun warga Filipina ditahan oleh pengawal keselamata­n di kompleks beli-belah berhampira­n selepas terdengar jeritan wanita meminta tolong.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, mangsa berusia 31 tahun yang bekerja di sebuah hotel berdekatan baru selesai membeli barang dan dalam perjalanan pulang ke bilik sewanya di kawasan Kompleks Segama.

“Ketika berjalan di koridor kedai Segama, tiba-tiba seorang lelaki datang dari arah belakang meragut telefon bimbitnya.

“Mangsa mengejar lelaki terbabit sehingga ke sebuah kompleks beli-belah berdekatan sambil menjerit meminta tolong,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pengawal keselamata­n di kompleks yang terdengar jeritan wanita itu segera mengejar suspek

dan menangkap lelaki terbabit.

“Suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Wanita itu tidak cedera.

“Suspek kini direman sehingga 26 Februari untuk siasatan lanjut mengikut Seksysn 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia