Harian Metro

Tokan guna penimbang digital seakan kotak rokok

-

Balik Pulau: Tiga lelaki berusia 36 hingga 40 tahun yang juga tokan dadah dikesan menggunaka­n penimbang digital menyerupai kotak rokok bagi mengelak aktiviti mereka dikesan polis.

Namun usaha penjenayah itu gagal selepas mereka diberkas polis dalam satu serbuan di rumah di Sungai Rusa, jam 3 pagi kelmarin.

Ketua Polis Barat Daya, Superinten­dan A A Anbalagan berkata, penimbang menyerupai kotak rokok itu sering digunakan pengedar dadah bagi mengelak ia dikesan pihak berkuasa kerana ia seakan-akan kotak rokok.

“Penimbang kecil itu sememangny­a sentiasa dibawa pengedar bagi menimbang dadah dan membungkus­nya dalam peket kecil.

“Ia adalah ‘kit’ wajib pengedar jalanan,” katanya, semalam.

Anbalagan berkata, dalam serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Balai Bayan Lepas dan Bahagian Narkotik IPD Barata Daya itu, pihaknya menahan ketiga-tiga suspek ketika mereka sedang khayal dadah di ruang tamu rumah.

Katanya, hasil pemeriksaa­n polis menemui sembilan peket plastik lutsinar berisi dadah heroin seberat 233.7 gram bersama mereka.

“Polis menemui empat peket plastik lutsinar berisi bahan kristal dipercayai syabu yang dianggarka­n seberat 16.3 gram,” katanya.

Menurutnya, selain itu polis merampas peralatan menghisap dadah daripada suspek.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing semua suspek juga positif dadah dan mereka yang menganggur mempunyai rekod jenayah lampau.

 ??  ?? ANBALAGAN (kiri) menunjukka­n barang rampasan.
ANBALAGAN (kiri) menunjukka­n barang rampasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia