Harian Metro

Pakej dosa RM180

 Gempur 13 pusat urut, 32 wanita warga asing tawar khidmat seks ditahan

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Tiga wanita dipercayai warga Thailand melompat keluar melalui tingkap sebelum terjatuh di bidai dalam usaha melarikan diri ketika serbuan Op Bah 2.0 di Setapak di sini, semalam.

Bagaimanap­un, seorang daripada mereka yang cedera di kaki kanan melarikan diri.

Pengarah Jabatan Penguatkua­sa DBKL, Azman Mahmood berkata, operasi yang bermula jam 1 tengah hari itu menggempur 13 pusat urut yang menawarkan dipercayai turut khidmat seks.

“Pemeriksaa­n mendapati premis berkenaan tidak memiliki lesen dan menawarkan khidmat tidak bermoral terbabit dengan pakej RM180,” katanya selepas tamat operasi.

Azman berkata, hasil serbuan, seramai 32 wanita berusia 23 hingga 35 tahun terdiri daripada warga Thailand, Vietnam dan Kemboja ditahan.

“Kami dapati kebanyakan premis terbabit beroperasi sejak 2017. Serbuan dan pemeriksaa­n juga beberapa kali dijalankan, namun pemilik masih berdegil dengan menjalanka­n perniagaan tanpa lesen.

“Dalam serbuan, kita melumpuhka­n sepenuhnya operasi premis itu dengan memotong bekalan air,” katanya.

Operasi bersepadu itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (JAWI) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Turut hadir, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.

 ?? FOTO: BERNAMA ?? AZMAN (dua dari kanan) bersama anggota penguat kuasa memeriksa dokumen pekerja rumah urut warga asing yang ditahan dalam Op Bah 2.0 di Setapak, semalam.
FOTO: BERNAMA AZMAN (dua dari kanan) bersama anggota penguat kuasa memeriksa dokumen pekerja rumah urut warga asing yang ditahan dalam Op Bah 2.0 di Setapak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia