Harian Metro

Tongkang seludup manusia, senapang angin

-

Johor Bahru: Bukan sekadar seludup manusia, malah sebuah tongkang barter trade turut dikesan membawa masuk senapang angin ke negara ini.

Kapal yang cuba menyeludup masuk sembilan lelaki secara haram ke negara ini bagaimanap­un ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Batu Pahat, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang, tongkang berkenaan dalam perjalanan ke Sungai Batu Pahat membawa pucuk kelapa, gula Melaka dan buah pinang untuk diniagakan sebelum ditahan pihak berkuasa.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Muar, Deputi Superinten­dan Nordin Osman berkata, pihaknya melakukan pemeriksaa­n ke atas bot serta tongkang barter di kawasan perairan Batu Pahat dalam Op Gelora.

“Pemeriksaa­n dilakukan di kawasan Jeti Perikanan Sungai Batu Pahat dan kami menemui sembilan pendatang haram yang bersembuny­i di bawah timbunan pucuk kelapa dibawa.

“Selain itu, selaras senapang angin turut disorok bersama pendatang haram berkenaan.

“Tongkang barter berukuran 12.15 meter panjang dan 3.5 meter lebar itu membawa gula melaka dan buah pinang,” katanya.

Katanya, PPM menyita tongkang berkenaan dan merampas pasport tekong serta awak-awak dengan nilai rampasan RM30,000.

“Semua 11 lelaki warga Indonesia berusia 30-an hingga 50-an itu diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM).

“Selain itu, kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen dan Akta Senjata Api 1960,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI PPM merampas tongkang yang digunakan untuk menyeludup pendatang asing dan senapang angin.
PEGAWAI PPM merampas tongkang yang digunakan untuk menyeludup pendatang asing dan senapang angin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia