Harian Metro

Pekerja maut ‘ditelan’ mesin

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@nstp.com.my

 Warga Bangladesh tersepit selepas baju tersangkut jentera

Seorang pekerja kilang warga Bangladesh maut tersepit di mesin membuat sarung tangan di sebuah kilang di kawasan Perindustr­ian Kelemak di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu menimpa Md Al Mamun, 31, apabila baju dipakainya tersangkut pada mesin berkenaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superinten­dan A Asmadi Abd Aziz berkata, mangsa bekerja syif malam dan bersendiri­an di mesin terbabit.

“Siasatan juga mendapati tiada unsur jenayah atau khianat terhadap mangsa,” katanya mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Beliau berkata, pihaknya menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR).

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.51 pagi sebelum sebuah jentera bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sejurus tiba terdapat seorang lelaki tersepit pada mesin.

“Bagi mengeluark­an mangsa, bomba terpaksa membuka komponen mesin berkenaan dan dia sudah tidak sedarkan diri.

“Kerja menyelamat mengambil masa kira-kira dua jam,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan sudah meninggal oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi. Kluang: Seorang wanita dipercayai dijerut lehernya hingga mati sebelum mayatnya dibuang ke sungai. Mayat mangsa bagaimanap­un ditemui terapung oleh orang ramai di sungai berhampira­n Kampung Parit Haji Hashim di Simpang Renggam di sini.

Dalam kejadian jam 2.15 petang kelmarin, mayat wanita dewasa lengkap berpakaian itu ditemui orang ramai tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail, berkata, mayat mangsa kemudian dibawa naik ke tebing sungai oleh anggota Bomba dan Penyelamat Renggam sebelum diserahkan kepada Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai sudah meninggal dunia antara tiga hingga empat hari lalu.

“Namun keadaan tubuhnya yang sudah mereput menyebabka­n pihak polis sukar mengenal pasti umur serta bangsa mangsa.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati terdapat dua lilitan kain yang dipercayai digunakan untuk menjerut leher mangsa selain kesan plastik terbakar melekat pada jeans biru dan baju

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an warga Bangladesh yang maut selepas tersepit di mesin membuat sarung tangan di sebuah kilang di Kawasan Perindustr­ian Kelemak.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an warga Bangladesh yang maut selepas tersepit di mesin membuat sarung tangan di sebuah kilang di Kawasan Perindustr­ian Kelemak.
 ??  ?? MAYAT wanita yang ditemui di sungai Kampung Parit Haji Hashim di Simpang Renggam, semalam.
MAYAT wanita yang ditemui di sungai Kampung Parit Haji Hashim di Simpang Renggam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia