Harian Metro

Silap susunan muzik Tak sabar ke lokasi penggambar­an

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

 Shuib nafi lagu Semakin ciplak Matahariku

Kuala Lumpur: Hampir sebulan berada di hospital, pengarah popular, Mamat Khalid yang kini semakin stabil menyuaraka­n perkara pertama mahu dilakukann­ya ialah segera kembali ke lokasi penggambar­an.

Isterinya, Hasmah Hassan ketika dihubungi berkata, suaminya terlalu memikirkan soal kerja dan tidak boleh berada lama di hospital kerana boleh mengundang risiko negatif.

Begitupun, katanya, doktor menasihatk­an mereka sekeluarga supaya memastikan Mamat banyak berehat ketika ini.

“Doktor juga suruh kami beri apa saja yang abang Mamat ingin makan asalkan bukan jenis keras kerana buat sementara ini dia masih makan menggunaka­n tiub.

“Saya cuba beri dia makan kurma ajwa untuk tambah tenaganya dan insya-Allah, dalam tiga hari lagi dia boleh makan macam biasa,” katanya.

Menurutnya, Mamat menunjukka­n tanda positif apabila dipindahka­n ke wad biasa dua hari lalu dan dia gembira dengan perkembang­an kesihatan suami yang semakin baik.

“Alhamdulil­lah, abang Mamat sudah dipindahka­n ke wad biasa dan mula bercakap serta mahu makan.

“Namun begitu, buat sementara waktu ini dia tidak mahu dikunjungi oleh sesiapa kerana keadaannya belum kuat sepenuhnya,” katanya.

Pengarah filem yang terkenal dengan siri Hantu Kak Limah dan Rock itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di

Petaling Jaya akibat masalah paru-paru dan jantung pada

25 Januari lalu.

Pelawak popular Shuib membidas kenyataan beberapa pihak yang mendakwa lagu sulung ciptaannya, Semakin tidak mempunyai keaslian kerana dianggap mirip lagu, Matahariku nyanyian Agnes Monica hingga menyebabka­n ia tewas di pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) baru-baru ini.

Shuib yang menggunaka­n nama pena Mera Utama dalam lagu nyanyian isterinya, Siti Sarah turut menafikan dakwaan netizen bahawa lagu ciptaan sepenuhnya itu dibeli atau diciplak.

Kata penyampai baru stesen radio Hot FM itu, Semakin mempunyai lima versi susunan muzik sebelum dirakam dan diterbitka­n.

Menurutnya, dia sendiri yang menulis lirik dan menghasilk­an lagu itu. Justeru tidak timbul isu ia dibeli serta apa yang berlaku adalah kesilapan sendiri kerana susunan muziknya dihasilkan mirip lagu Matahariku.

“Sebelum proses rakaman bermula, kita mempunyai pelbagai versi susunan lagu sehinggala­h Sarah menyerahka­n lagu Matahariku sebagai rujukan.

“Saya rasa kesilapan adalah di peringkat susunan muzik terakhir yang menjadikan Matahariku sebagai rujukan,” katanya.

Shuib berkata, ketika di pentas final mereka menukar susunan muziknya supaya tidak kedengaran sama, namun ada pula yang mempertika­ikannya.

“Pada mulanya saya pertikaika­n juga kepada Sarah kenapa nak buat sama macam Matahariku? Sarah kata ini lagu dia, jadi nak ada bunyi ke arah lagu itu,” katanya.

Menurutnya, dia tidak merajuk atau berkecil hati dengan komen juri, sebaliknya membuatkan mereka belajar daripada kesilapan dilakukan itu.

“Apabila ada orang cakap Semakin tidak mempunyai keaslian, saya tidak terima bulat-bulat pendapat itu.

“Saya tidak kecewa dan menganggap kegagalan itu bukan rezeki kami. Saya akan terus berkarya dan kembali ke pentas AJL.

“Lagipun saya sudah ada dua ke tiga lagu yang akan diberikan kepada Sarah untuk dia dengar. Single kedua nanti lebih kurang sama dengan Semakin dan akan ada satu single yang dihasilkan untuk dipertaruh­kan di pentas AJL akan datang,” katanya.

Terdahulu, lagu Semakin dikaitkan dengan isu membeli dan menciplak susunan muzik Matahariku selepas tamat AJL33.

 ??  ?? SHUIB bersama isterinya Siti Sarah.
SHUIB bersama isterinya Siti Sarah.
 ??  ?? MAMAT
MAMAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia