Harian Metro

‘Dah lali komen negatif’

-

Kuala Lumpur: Pelakon Farah Nabilah tidak kisah menjadi mangsa kecaman netizen ketika menjadi pengacara program MeleTop yang disiarkan secara langsung malam kelmarin bersama Nabil Ahmad.

Farah tampil sebagai pengacara undangan menggantik­an pengacara tetap program itu, Neelofa yang bercuti ketika ini.

“Saya tidak kisah dengan kecaman orang kerana sudah lali dengan komen negatif sejak dulu. Saya juga terima tawaran sebagai pengacara program MeleTop bukan kerana mahu bersaing dengan Neelofa, tetapi mahu mencabar kebolehan diri,” katanya.

Farah ketika ditemui berkata, dia mengakui gementar ketika mengendali­kan program itu secara langsung bersama Nabil.

“Saya ditawarkan penerbit program tanpa sempat membuat latihan terlebih dulu. Saya juga tidak tahu sebagai pengacara, perlu sponstan dan tidak mengikut skrip. Pada masa sama, saya bimbang tersalah cakap kerana artis undangan juga pelakon berpengala­man seperti Datuk Afdlin Shauki,” katanya ketika ditemui pada sidang media Mini Showcase, Farah Nabilah & Friends, Misi Kemanusian ADRF Malaysia di Pusat Dagangan Dunia

Putra, di sini, petang semalam.

Bagaimanap­un, Farah menimba pengalaman berharga ketika menjadi pengacara gantian itu.

“Memang saya ada baca komen netizen yang bandingkan dengan Neelofa tetapi saya tidak kisah pun. Saya sekadar mencuba dan untuk memeriahka­n program MeleTop saja. Saya juga tidak menolak jika ditawarkan sebagai pengacara gantian lagi selepas ini,” katanya.

 ??  ?? FARAH
FARAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia