Harian Metro

Siasat sekiranya operasi lebih masa

-

Ipoh: Pejabat Daerah dan Tanah Kinta akan menyiasat pusat hiburan yang terbakar sehingga mengorbank­an enam orang di Times Square, Jalan Sultan Nazrin Shah di sini, semalam sekiranya ada laporan pelanggara­n syarat lesen hiburan oleh pengusaha premis berkenaan.

Jurucakapn­ya berkata, semua pusat hiburan di daerah itu hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 pagi pada hari biasa dan jam 2 pagi pada hari minggu, selaras dengan peraturan yang ditetapkan di seluruh negeri.

“Lesen hiburan memang dikeluarka­n di bawah Pejabat Daerah dan Tanah. Kami mengesahka­n bangunan itu memiliki lesen hiburan yang sah.

“Sekiranya berlaku pelanggara­n syarat yang ditetapkan, tindakan dan siasatan akan diambil mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Perak 1997,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, polis akan menjalanka­n siasatan sama ada pusat hiburan itu beroperasi lebih masa atau dalam proses menutup premis ketika tragedi berlaku.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superinten­dan Mohd Nordin Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya akan menjalanka­n siasatan menyeluruh berhubung kebakaran itu dengan tindakan lanjut akan diambil jika beroperasi lebih masa.

Difahamkan, antara tindakan yang boleh diambil jika beroperasi melebihi masa ditetapkan adalah membatalka­n lesen pusat hiburan berkenaan serta boleh didakwa mengikut Seksyen 11(3) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Perak 1997 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

 ??  ??
 ?? Pejabat Daerah dan Tanah Kinta ?? PETUGAS Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun membawa keluar dua mayat mangsa kebakaran dari dalam trak polis. Sekiranya berlaku pelanggara­n syarat yang ditetapkan, tindakan dan siasatan akan diambil mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Perak 1997”
Pejabat Daerah dan Tanah Kinta PETUGAS Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun membawa keluar dua mayat mangsa kebakaran dari dalam trak polis. Sekiranya berlaku pelanggara­n syarat yang ditetapkan, tindakan dan siasatan akan diambil mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Perak 1997”
 ??  ?? ANGGOTA bomba memecahkan cermin pusat hiburan yang terbakar di Times Square, Ipoh.
ANGGOTA bomba memecahkan cermin pusat hiburan yang terbakar di Times Square, Ipoh.
 ??  ?? AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik mengetahui saudara mereka maut dalam kebakaran.
AHLI keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik mengetahui saudara mereka maut dalam kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia